Close
Muat Turun Laporan
lzs-report-2026

Ringkasan Laporan Bersepadu Zakat Selangor 2025

Pada tahun 2025, Zakat Selangor mencatat sejarah dengan jumlah kutipan zakat melebihi tahun sebelumnya sebanyak RM1.31 bilion. Daripada jumlah kutipan tersebut, Zakat Selangor berjaya mengagihkan RM1.33 bilion kepada lebih daripada 75,274 individu asnaf fakir miskin dan pelbagai organisasi. Ini termasuk bantuan kewangan bulanan, pembinaan rumah, rawatan perubatan, biasiswa pendidikan dan banyak lagi. Usaha ini telah memberi impak yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup mereka yang memerlukan.

Integrated Report 2025 (BM)
Integrated Report 2025 (ENG)
Icon

RM0.00 Bilion

Jumlah Kutipan Zakat

Icon

RM0.00 Bilion

Jumlah Agihan Zakat

Icon

0

Jumlah Fakir dan Miskin

Icon

0

Pembayar Zakat Baru

Tentang Kami

Di Zakat Selangor, aspirasi kami menjangkau sekadar bantuan sara hidup, kami membina keupayaan untuk mereka berdikari. Melalui setiap agihan zakat yang berjaya dilaksanakan, kami telah membantu 3,153 individu untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Dengan kekuatan 658 warga kerja yang komited, kami menguruskan dana zakat secara telus untuk memastikan RM1.33 bilion yang diagihkan dapat mengubah masa depan ummah.

Zakat Selangor Office

Perutusan Pengerusi

Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail

Pengerusi, Zakat Selangor

Bagi kami, setiap angka dalam rekod agihan bukan sekadar statistik, sebaliknya ia melambangkan kehidupan yang telah ditransformasikan secara bermakna. Pada tahun 2025, sebanyak 80,022 keluarga telah menerima bantuan, merangkumi 28,166 keluarga asnaf fakir, 47,108 keluarga asnaf miskin dan 4,748 keluarga asnaf mualaf. Ia mewakili setiap insan yang telah disantuni, bebanan yang diringankan daripada bahu mereka yang buntu, serta maruah diri yang telah dipulihkan secara tertib dan berkesan.

Baca icon
Close

Perutusan Pengerusi

Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak berkepentingan sekalian,

Tinjauan Keseluruhan 2025
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda yang setia meneruskan perjuangan baginda. Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, Zakat Selangor telah mengharungi tahun 2025 dengan penuh keteguhan, matlamat yang jelas dan momentum yang berterusan.

Tahun ini hadir dengan cabaran yang tersendiri. Persekitaran ekonomi dan sosial menuntut kami untuk kekal tangkas dan peka terhadap keperluan asnaf serta masyarakat yang kian berkembang. Pencapaian kami pada tahun ini bukan sekadar cerminan komitmen warga kerja kami, malah merupakan bukti keberkatan dalam memikul amanah yang mulia ini.

Pencapaian-pencapaian utama yang dibentangkan dalam Laporan Bersepadu ini mengukuhkan lagi keyakinan yang menjadi teras institusi kami, bahawa zakat bersifat malar segar. Ia merupakan instrumen yang mampan dan apabila diuruskan dengan penuh keikhlasan serta disiplin, ia kekal menjadi antara wadah paling ampuh untuk pembangunan ummah.

Oleh itu, dengan penuh ketelusan dan rasa syukur, saya membentangkan Laporan Bersepadu ini kepada pihak berkepentingan sekalian.

Sorotan Utama Tahunan
Tahun 2025 merupakan tahun kemajuan yang bermakna buat Zakat Selangor berdasarkan pelbagai kayu ukur prestasi. Kami dengan sukacitanya melaporkan pertumbuhan berterusan dalam kutipan zakat, yang meningkat daripada RM1.22 bilion pada tahun 2024 kepada RM1.31 bilion pada tahun 2025. Peningkatan sebanyak 7.5% di seluruh negeri Selangor ini mencerminkan kemurahan hati serta kesedaran para muzakki yang kian bertambah dalam menunaikan kewajipan mereka.

Seiring dengan kutipan, kami kekal komited sepenuhnya dalam memastikan agihan dilaksanakan dengan penuh ketepatan dan ihsan. Bagi kami, setiap angka dalam rekod agihan bukan sekadar statistik, sebaliknya ia melambangkan kehidupan yang telah ditransformasikan secara bermakna. Pada tahun 2025, sebanyak 80,022 keluarga telah menerima bantuan, merangkumi 28,166 keluarga asnaf fakir, 47,108 keluarga asnaf miskin dan 4,748 keluarga asnaf mualaf. Ia mewakili setiap insan yang telah disantuni, bebanan yang diringankan daripada bahu mereka yang buntu, serta maruah diri yang telah dipulihkan secara tertib dan berkesan.

Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa program pemerkasaan sosioekonomi jangka panjang kepada asnaf telah diperkukuhkan lagi pada tahun ini. Program-program ini terus memantapkan daya tahan jangka panjang keluarga asnaf menerusi sokongan bersasar, pemerkasaan ekonomi dan inisiatif pembinaan kapasiti. Sebagai contoh, Skuad Saidina Umar (SSU) telah berjaya mengembalikan akses pendidikan kepada anak-anak yang telah lama tercicir daripada sekolah, manakala program Raikan Syawal pula menyalurkan sokongan bermakna serta bantuan hari raya kepada keluarga asnaf di Hulu Langat. Inisiatif sedemikian bukan sahaja memberikan kelegaan segera, malah perubahan sebenar dapat dilihat melalui peningkatan keupayaan, peluang dan pemulihan sinar harapan.

Dari sudut tadbir urus, kami telah memperkasakan amalan organisasi dan kerangka tadbir urus bagi meningkatkan ketelusan, akauntabiliti serta keyakinan pihak berkepentingan melalui penerapan berterusan ISO9001 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO37001 (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah). Ini merupakan satu bentuk penghormatan bagi menghargai amanah yang diletakkan oleh setiap muzakki terhadap institusi ini apabila mereka menunaikan kewajipan zakat melalui kami.

Tadbir Urus, Integriti & Pematuhan
Bagi Lembaga Pemegang Amanah (Lembaga) Zakat Selangor, tadbir urus bukan sekadar peraturan yang perlu dipatuhi, malah ia merupakan cerminan jati diri kami sebagai sebuah institusi. Bagi pihak Lembaga, saya ingin menegaskan kembali komitmen tidak berbelah bahagi kami terhadap piawaian tadbir urus yang tertinggi. Komitmen ini tidak akan goyah, tanpa mengira apa jua keadaan yang kami hadapi.

Pematuhan syariah kekal menjadi teras utama bagi setiap keputusan yang kami ambil. Ia merupakan kompas yang mengemudi segala urusan, bermula daripada hala tuju strategik yang paling utama hinggalah kepada keputusan operasi yang paling kecil.

Pengurusan risiko yang berkesan terus menerima perhatian penuh dan teliti daripada pihak Lembaga. Kami amat percaya bahawa sebuah institusi yang diamanahkan dengan mandat zakat mestilah sebuah institusi yang berdaya tahan, mampu menjangka cabaran dan menjulang akauntabiliti. Pengawasan strategik kami didorong oleh satu tujuan murni; iaitu untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh para muzakki dengan penuh cermat, serta memastikan setiap pihak berkepentingan yang kami santuni dilindungi, dihormati dan dihargai.

Kami tidak sekadar mentadbir sebuah organisasi. Kami memikul tanggungjawab yang bersifat duniawi dan ukhrawi serta menggalasnya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesungguhan yang sewajarnya.

Kepercayaan Pihak Berkepentingan & Akauntabiliti Awam
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Zakat Selangor. Kepercayaan anda bukanlah sesuatu yang hanya kami nyatakan dalam kenyataan sebegini, bahkan ia adalah amanah yang kami pegang dan hayati pada setiap hari. Ia membentuk keputusan kami, mengukuhkan akauntabiliti kami, dan memastikan kami sentiasa berpijak di bumi yang nyata secara jujur.

Saya berasa amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa naskhah ini merupakan Laporan Bersepadu sulung Zakat Selangor. Kami mempersembahkannya kepada anda sebagai manifestasi ikhlas dan sepenuh hati terhadap komitmen kami dalam ketelusan, akauntabiliti, serta penciptaan nilai jangka panjang.

Zakat tidak mewujudkan kebergantungan, malah membina kehormatan. Ianya bukan kebajikan, tetapi transformasi menyeluruh bagi peribadi, sosial dan generasi, serta pemangkin ampuh dalam memperkukuh ummah. Menjadi penghormatan tertinggi bagi kami untuk menggalas amanah ini dan kami akan terus melaksanakannya dengan penuh dedikasi, integriti serta keikhlasan yang tidak berbelah bahagi.

Terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Mohd Khaidzir bin Shahari

Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Selangor

Fokus kami merangkumi tiga tunjang utama: pekerjaan, keusahawanan dan pendidikan. Setiap tunjang direka bukan sekadar untuk menangani kesulitan semasa asnaf, malah untuk memenuhi aspirasi mendalam mereka. Kami percaya setiap asnaf berhak mendapat lebih daripada sekadar bantuan kecemasan; mereka berhak mendapat peluang untuk bangkit, berkembang dan berjaya.

Baca icon
Close

Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Mohd Khaidzir bin Shahari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak berkepentingan sekalian,

2025 merupakan tahun yang amat membanggakan, di mana Zakat Selangor terus memacu kemajuan dan memberikan impak nyata kepada masyarakat, meskipun berdepan dengan persekitaran dunia yang sentiasa berubah.

Ringkasan Prestasi 2025
Antara pencapaian tahun ini, pertumbuhan Skim Potongan Gaji (SPG) amat bermakna bagi saya. Kejayaan menarik penyertaan pelbagai syarikat baharu membuktikan keberkesanan libat urus secara konsisten oleh pasukan kami. Pencapaian ini mencerminkan komitmen kolektif dalam memacu penyertaan bermakna program tersebut.

Prestasi SPG turut diperkukuh melalui kerjasama erat dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), subsidiari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan agensi penguatkuasaan. Sokongan padu mereka menjadi pemangkin utama kejayaan ini, sekali gus mencerminkan tekad bersama ke arah matlamat yang satu.

Melalui inisiatif jangkauan ini, kami membantu organisasi memahami tujuan mendalam di sebalik zakat serta realiti keperluan agihannya. Apabila kefahaman ini terbentuk, bahagian sumber manusia setiap syarikat mengambil peranan aktif sebagai penghubung, memudah cara pendaftaran dan membantu kakitangan muslim menunaikan kewajipan zakat secara konsisten menerusi potongan gaji bulanan mereka dengan lebih mudah.

Inilah keindahan model kami, ia bukan sekadar arahan daripada pihak atasan, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama di mana organisasi dan kakitangannya bersatu atas semangat ibadah.

Pelaksanaan Strategi: Pemerkasaan Melangkaui Bantuan
Strategi “Pemerkasaan Melangkaui Bantuan” bukan sekadar kerangka panduan, malah ia merupakan tunjang utama dalam setiap keputusan dan reka bentuk program kami tahun ini. Kami beralih secara tekad daripada kebiasaan bantuan jangka pendek kepada komitmen terhadap program yang membuahkan hasil yang terbukti, mampan dan benar-benar transformatif. Fokus kami merangkumi tiga tunjang utama: pekerjaan, keusahawanan dan pendidikan. Setiap tunjang direka bukan sekadar untuk menangani kesulitan semasa asnaf, malah untuk memenuhi aspirasi mendalam mereka. Kami percaya setiap asnaf berhak mendapat lebih daripada sekadar bantuan kecemasan; mereka berhak mendapat peluang untuk bangkit, berkembang dan berjaya.

Kecekapan Operasi & Pendigitalan
Kecemerlangan misi bermula dengan kecemerlangan operasi. Kami terus melabur dalam penambahbaikan proses dalaman dan pendigitalan perkhidmatan bagi memberikan pengalaman yang lancar dan menghormati para muzakki serta asnaf. Pengukuhan tadbir urus data kini membolehkan organisasi bertindak dengan lebih cekap dan akauntabiliti yang lebih kukuh, selaras dengan integriti amanah yang kami pikul.

Inovasi & Kerjasama Strategik
Potensi sebenar zakat dizahirkan melalui kolaborasi. Tahun ini, kami memperkukuh rakan kongsi rentas sektor awam, swasta dan komuniti bagi meluaskan jangkauan serta keberkesanan agihan. Semangat inovasi dalam membangunkan inisiatif baharu bagi menyahut keperluan semasa asnaf dan muzakki inilah yang memastikan Zakat Selangor kekal relevan

Risiko, Kelestarian & Modal Insan
Kelestarian perkhidmatan memerlukan pengurusan risiko yang proaktif. Kami meletakkan pengurusan risiko operasi, kewangan dan reputasi sebagai keutamaan strategik bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan. Selain itu, pelaburan dalam modal insan diteruskan bagi membina pasukan yang kompeten secara profesional dan berpegang teguh pada prinsip.

Tujuh Nilai Teras kami kekal sebagai nadi institusi ini, menjadi piawaian harian warga kerja dalam memimpin dan berkhidmat. Dengan asas yang kukuh dan pasukan yang dedikasi, saya yakin Zakat Selangor berada pada kedudukan terbaik untuk terus memacu kecemerlangan buat asnaf dan muzakki. Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan dan membawa perubahan.

Terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Agihan Zakat

RM0.00 Bil

0%

Peningkatan agihan zakat pada tahun 2025 berbanding 2024

Zakat Selangor telah mengagihkan zakat merentasi lapan kategori asnaf dengan fokus utama kepada pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan institusi keagamaan, pembangunan insan dan pembangunan ekonomi.

Jumlah keseluruhan pengagihan adalah RM1.33 bilion, dengan lebih 80,022 keluarga (termasuk mualaf) menerima bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan, makanan dan rawatan perubatan.

Agihan Zakat
Icon
0
Asnaf (Fakir, Miskin, Mualaf)
Icon
0
Asnaf yang keluar dari kemiskinan
Icon
RM0 Juta
Program pengagihan terbesar (Pembangunan sosial)

RM0 Juta

Fakir

RM0 Juta

Miskin

RM0 Juta

Mualaf

RM0 Juta

Riqab

RM0 Juta

Gharimin

RM0 Juta

Fisabilillah

RM0 Ribu

Ibnu Sabil

RM0 Juta

Amil

Kutipan Zakat

Kutipan Zakat

RM0.00 Bil

0.0%

Peningkatan kutipan zakat pada tahun 2025 berbanding 2024

Jumlah kutipan zakat pada tahun 2025 mencapai RM1.31 bilion. Kutipan ini disokong oleh pelbagai kaedah pembayaran yang memudahkan pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka.

Kategori zakat pendapatan kekal sebagai penyumbang tertinggi dengan kutipan mencecah RM1.31 bilion. Skim potongan gaji kekal menjadi medium pilihan utama dan paling diyakini para penyumbang, merekodkan kutipan berjumlah RM579 juta.

Icon
0
Jumlah pembayar zakat
Icon
RM0 Juta
Kutipan zakat terbesar
Icon
RM0 Juta
Saluran pembayaran terbesar (Potongan gaji)

RM0 Juta

Zakat Pendapatan

RM0 Juta

Zakat Perniagaan

RM0 Juta

Zakat Simpanan

RM0 Juta

Zakat Harta

RM0 Juta

Zakat Fitrah

RM0 Juta

Zakat Saham

RM0 Ribu

Zakat Kripto

RM0 Juta

Zakat KWSP

RM0 Juta

Zakat Emas

RM0 Juta

Zakat Perak

RM0.0 Juta

Zakat Tanaman

RM0 Ribu

Zakat Ternakan

Teras Bantuan Zakat

Zakat Selangor mengutamakan lima teras utama dalam pelaksanaan agihan zakat melalui pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan institusi agama, pembangunan ekonomi dan pembangunan insan.

Setiap teras ini disediakan demi memberikan impak maksimum kepada penerima zakat dan masyarakat Islam keseluruhannya.

icon

RM0.00
Bilion

Pembangunan Sosial

icon

RM0.00
Juta

Pembangunan Pendidikan

icon

RM0.0
Juta

Pembangunan Ekonomi

icon

RM0.00
Juta

Pembangunan Insan

icon

RM0.00
Juta

Pembangunan Institusi Keagamaan

Keluarga

Rakan Kolaborasi

JPN

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor

KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia

PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial

FIM

Food Institute Malaysia

KPT

Kementerian Pengajian Tinggi

PNB

Permodalan Nasional Berhad

KSM

Kementerian Sumber Manusia

MPM

Majlis Peperiksaan Malaysia

Hidayah Centre

Hidayah Centre

PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

ILDAS

Institut Latihan Islam Dakwah Negeri Selangor

JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat

AADK

Agensi Antidadah Kebangsaan

JKSP

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Creating Shared Value (CSV)

Di Zakat Selangor, amanah kami bukan sekadar menguruskan zakat dengan sebaiknya, tetapi juga memanjangkan kebaikan tersebut melalui inisiatif Creating Shared Value (CSV). Menerusi usaha ini, kami menggabungkan setiap ruang dan peluang yang ada untuk menyantuni keperluan sebenar masyarakat. Hasilnya, sebuah rantaian manfaat yang berterusan dapat dibina demi membela nasib asnaf dan menjamin kesejahteraan ummah.

Bangunan LZS
Visi
Menjadi peneraju institusi zakat yang menitikberatkan isu sosial dalam strategi korporat.
Misi
Memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan penuh tanggungjawab berteraskan nilai Zakat Selangor.
Objektif
Memastikan bahawa program CSV berpotensi untuk menyantuni kumpulan sasar, sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
Kerjasama

Kerjasama

Berganding bahu dengan syarikat korporat, NGO dan badan berkanun dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.

Amanah

Amanah

Menjalankan tugas dan program-program yang telah dirancang dengan adil dan saksama.

Empati

Empati

Bersikap prihatin dan berusaha memahami situasi bagi menjayakan program-program CSV.

Komitmen

Komitmen

Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diberikan bagi memastikan objektif program CSV berjaya.

Kelas Intervensi 3M (Membaca, Menulis, Mengira)

Program Intervensi Membaca Zakat Selangor direka khas untuk menyokong kanak-kanak daripada keluarga asnaf dan B40 dalam membangunkan kemahiran membaca. Inisiatif ini merupakan usaha kolaboratif antara Zakat Selangor dan Adab Youth Garage (AYG).

Program ini telah dilaksanakan di empat lokasi terpilih yang melibatkan seramai 200 orang pelajar. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi setiap lokasi, dengan 25 orang pelajar dalam setiap kumpulan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih fokus dan berkesan.

Lokasi-lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:

Perpustakaan @ AYG
Kota Damansara

Garaj Belia MBSA

Y-Hub KBS Selangor

AYG Kampung Bukit
Cherakah

Hasil Program

68%

Peserta mencapai
Tahap 3 dan ke atas

25%

Peserta mencapai
Tahap 5

Infografik Intervensi
K = Konsonan V = Vokal
  • KVK (Konsonan + Vokal + Konsonan)
    Contoh: cat & cap
  • KV + KV (dua suku kata terbuka)
    Contoh: buku & mata
  • KV + KV + KV (tiga suku kata terbuka)
    Contoh: kelapa & tomato
  • KV + KVKK (terbuka & tertutup dengan dua konsonan)
    Contoh: lapang & sarang
  • KV + KVK (suku kata terbuka & tertutup)
    Contoh: zakat & jalan

Pengiktirafan

Cambridge Islamic Financial Award 2025

Best Islamic Institution for Humanitarian and Relief Causes

Indonesia Fundraising Award 2025

Fundraising oleh Lembaga Zakat Asia Tenggara Terbaik

Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025

Organisation Of The Year (Zakat Management Sustainability Award)

Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2025

Anugerah Inovasi Zakat Terbaik (Agihan)
Anugerah Kategori Ikon Asnaf

Perancangan Masa Hadapan

Model Perniagaan Baharu
Audit Document

Penyata Kutipan & Agihan Zakat Selangor 2025


Prestasi kutipan dan agihan zakat sepanjang tahun 2025 mencerminkan utuhnya solidariti ummah dan keyakinan berterusan terhadap Zakat Selangor. Bagi kami, setiap ringgit yang diterima bukan sekadar angka statistik, sebaliknya ia adalah amanah besar yang telah direalisasikan melalui agihan berfokuskan impak kepada kelestarian asnaf.

Kemudahan Pembayaran Zakat

Kami di Zakat Selangor sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan muzakki menunaikan zakat di seluruh Selangor. Kami telah menyediakan pelbagai cara pembayaran yang lebih ringkas dan mudah dicapai oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja.

Para pembayar zakat kini boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran termasuk cawangan kami di seluruh Selangor, kaunter bergerak (Zakat On Wheels), perunding zakat dan juga melalui perkhidmatan dalam talian di fpx.zakatselangor.com.my. Selain itu, kemudahan pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit Islamik, mesin ATM, perbankan mudah alih dan kiriman pos turut disediakan.

Segala usaha ini kami lakukan demi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat masyarakat, agar setiap zakat yang ditunaikan dapat segera sampai kepada mereka yang memerlukan.

  • Semua Cawangan Zakat Selangor
  • Kaunter Bergerak (Zakat On Wheels)
  • Perunding Zakat
  • Di Semua Cawangan Zakat Selangor di Negeri Selangor
  • Kad Debit MEPS
  • Aplikasi Mudah Alih Perunding Zakat
  • BIMB
  • Public Bank
  • OCBC Bank
  • Cek/Kiriman Wang/Draf Bank/Wang Pos
  • Maybank – Perbankan Telefon (Dail 1300-88-6688)
  • I – TAP (Bank Islam)
  • Aplikasi Mudah Alih Zakat Selangor
  • Penolong Amil PADI
Zakat

Rangkaian Kami

Zakat Selangor mempunyai 19 cawangan di seluruh negeri Selangor bagi memastikan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan menyeluruh. Setiap cawangan dilengkapi dengan warga kerja terlatih yang bersedia untuk membantu dan memberi panduan kepada pembayar zakat serta penerima zakat.

Dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik, Zakat Selangor menyediakan kemudahan untuk menunaikan kewajipan zakat dan mendapatkan maklumat serta bantuan yang diperlukan.

Petaling
Klang
Kuala Langat
Sabak Bernam
Kuala Selangor
Hulu Selangor
Sepang
Hulu Langat
Gombak
Map

Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus

Zakat Selangor kini menerapkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) secara menyeluruh dalam operasinya. Langkah ini bertujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan zakat, di samping memastikan setiap inisiatif memberi impak positif kepada kelestarian alam, kesejahteraan asnaf dan keharmonian sosial. Melalui program pengurangan jejak karbon serta tadbir urus yang telus, Zakat Selangor komited memperkukuh kepercayaan masyarakat demi masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

Sumbangan Sosial

RM0.00 bil

Jumlah yang diagihkan kepada asnaf

0++

Keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor telah disantuni

0++

Warga kerja Zakat Selangor dilatih dalam keselamatan tempat kerja

Pengurusan Organisasi

ISO 37001:2016

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

ISO 9001:2015

Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)

Pengurusan Alam Sekitar

0 tCO₂e

Skop 1 pelepasan karbon

0 tCO₂e

Skop 2 pelepasan karbon

0 m³

Penggunaan air

0 kg

Kitar semula sisa

0 GJ

Penggunaan tenaga boleh baharu

© 2026 Lembaga Zakat Selangor. Hak Cipta Terpelihara.