Kenali Kami

Lembaga Zakat Selangor (LZS) ditubuhkan 30 tahun yang lalu dengan misi untuk menguruskan kutipan dan pengagihan zakat kepada asnaf di Selangor dengan efisien dan berkesan mengikut syariat Islam.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, LZS telah berkembang menjadi salah satu institusi zakat terkemuka di Malaysia, dengan sokongan lebih 600 amil yang berdedikasi dan 18 cawangan di seluruh negeri Selangor. Sejak penubuhannya, LZS telah berjaya mengumpul dan mengagihkan lebih RM11 bilion zakat, memberi manfaat kepada ratusan ribu individu dan keluarga yang memerlukan.

Di Lembaga Zakat Selangor (LZS), kami sentiasa berusaha dengan penuh integriti dan dedikasi dalam pengurusan zakat. Kami memahami bahawa setiap sen yang disumbangkan membawa harapan besar kepada mereka yang memerlukan. Dari pembinaan rumah yang memberikan perlindungan hingga bantuan pendidikan yang membuka peluang masa depan, kami komited untuk memastikan golongan asnaf diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Setiap tahun, kami dengan rendah hati menilai semula usaha kami, berusaha untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi masyarakat, agar bantuan yang disalurkan terus relevan dan membawa perubahan yang bermakna.

Peranan Kami

Di LZS, kami menjalankan pelbagai program dan inisiatif untuk menyokong golongan asnaf dan memajukan komuniti. Program kami meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuk pembangunan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan institusi agama dan pembangunan insan. 

Pembangunan Sosial

Menyediakan bantuan kepada keluarga asnaf untuk menampung kos sara hidup dan kesihatan.

Pembangunan Ekonomi

Membantu golongan asnaf memulakan perniagaan kecil dan memberikan latihan kemahiran untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Pembangunan Pendidikan

Memberikan biasiswa dan bantuan yuran pengajian kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Pembangunan Institusi Agama

Membina dan membaik pulih masjid dan surau untuk memastikan kemudahan ibadah yang selesa dan kondusif.

Pembangunan Insan

Memberikan tumpuan kepada memperkasa kesejahteraan fizikal, mental, dan spiritual golongan asnaf.

Misi

Menjadi peneraju institusi zakat yang mengamalkan piawaian pengurusan setanding dengan peringkat global. Kami bercita-cita untuk menjadi contoh dalam pengurusan zakat yang telus dan berkesan, dengan fokus kepada kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Visi

Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam urusan kutipan dan agihan zakat. Kami komited untuk memastikan setiap sumbangan zakat digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan asnaf, sambil mengamalkan nilai-nilai teras yang kami pegang teguh.

Objektif

  • Untuk memaksimakan kutipan zakat
  • Untuk meningkatkan keberkesanan agihan zakat
  • Untuk memperkasakan pengurusan zakat

Kedudukan LZS dibawah MAIS

Kami di Lembaga Zakat Selangor (LZS) berfungsi di bawah naungan DYMM Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebagai sebuah institusi zakat yang dipercayai, kami ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan tujuan utama untuk melaksanakan aktiviti kutipan dan agihan zakat dengan efisien dan berkesan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Perbadanan Wakaf Selangor (MAIS)

Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)

MAIS Corporation Sdn. Bhd.

Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Pengerusi
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Tarikh Pelantikan : 2008

Pendidikan :

  • Bachelor of Arts (Accounting), Macquarie University, Sydney, Australia
  • Chartered Accountant 
  • Ahli Malaysian Institute of Accounts (MIA)
  • Certified Practising Accountant (CPA), Australia
  • Courts of Emeritus Fellows, Malaysian Institute of Management (MIM)

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Pengerusi Kenanga Investment Bank Berhad 
  • Pengerusi Nestle (M) Berhad
  • Pengerusi SP Setia Berhad
  • Canselor SEGi University 

 

Pengalaman lepas :

  • Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd
  • Pengerusi Malakoff Corporation Berhad
  • Pengerusi Bukan Eksekutif Cahya Mata Sarawak
  • Pengerusi Media Prima Berhad
  • Pengerusi MRCB Berhad
  • Pengerusi DRB-Hicom Berhad
  • Pengerusi EON Bank Berhad
  • Pengerusi Uni Asia Life Assurance Berhad
  • Pengerusi Uni Asia General Insurance Berhad
  • Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji 
  • Pengarah Bebas Maxis Communications Berhad
  • Pengarah Bebas Bangkok Bank Berhad
  • Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners Berhad
  • Akauntan Kewangan Malaysian Airlines Systems Berhad
Y.A.D Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin bin Buang

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2021

Pendidikan :

  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya
  • Master in International Business, University of South Carolina, USA

Jawatan / Khidmat 

Kini :

  • Ahli Dewan Diraja Selangor
  • Pengerusi BIMB Holdings Berhad
  • Pengerusi Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad
  • Pengerusi Gamuda Berhad
  • Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra


Pengalaman lepas :

  • Ketua Audit Negara Malaysia 
  • Setiausaha Agung Kementerian Pendidikan
  • Pengurus Besar Kanan KL International Airport Berhad
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun
  • Timbalan Pengarah Institut Pentadbiran Awam Negara
  • Timbalan Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
  • Timbalan Pengarah Industri Kecil, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Timbalan Pengarah Bahagian Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Setiausaha Sulit, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 
  • Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan
Y.A.D Sahibul Fadhilah Al-‘Alim Al-‘Arif Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd. Wahid

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2005

Pendidikan :

  • Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Al- Azhar Kaherah, Mesir
  • Diploma Pendidikan Bahasa Arab, Universiti Ain Syams Kaherah, Mesir

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Anggota Majlis Agama Islam Selangor
  • Ahli Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad

Pengalaman lepas :

  • Mufti Selangor 
  • Pengetua Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
  • Pengetua Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang
  • Pensyarah Unit Pendidikan Islam UiTM Shah Alam
Y.D.H. Dato’ Kurnia Bakti Diraja Dato’ Mohd Effendi bin Abdullah

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2021

Pendidikan :

  • Bachelor of Economics, Macquarie University, Sydney Australia

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Anggota Majlis Agama Islam Selangor
  • Bendahari Kerhormat Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah
  • Pengarah, Selangor Country Club Sdn. Bhd.

 

Pengalaman lepas :

  • Ketua / Pengarah Pasaran Islam AmInvestment Bank Berhad
  • Pengarah Eksekutif (Pasaran Modal) Sadec Corporate Advisory Services Sdn. Bhd.
  • Pengurusan Perbankan Islam, AmInvestment Bank Berhad
Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2008

Pendidikan :

  • Fellow of Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW)
  • Ahli Malaysian Institute of Accounts (MIA)
  • Ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
  • Advanced Management Programme, Harvard University 

 

Jawatan / Khidmat 

Kini :

  • Pengerusi Kumpulan PNB 
  • Pengerusi Bumi Armada Berhad 
  • Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor
  • Pengerusi  Yayasan AMIR
  • Pengerusi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda
  • Pengerusi Yayasan TZA
  • Pemegang Amanah Yayasan DayaDiri
  • Canselor Universiti Industri Selangor
  • Pengerusi Binariang GSM Sdn Bhd

 

Pengalaman lepas :

  • Pengerusi Eksekutif dan Rakan Kongsi Kanan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia
  • Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad 
  • Pengerusi Maxis Berhad 
  • Pengerusi Icon Offshore Berhad
  • Pengerusi Danamodal Nasional Berhad
  • Pengarah Khazanah Nasional Berhad
  • Ahli Lembaga Global IFRS PwC
Y.Bhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2020

Pendidikan :

  • Doktor Falsafah Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Sijil Setiausaha Syarikat, Institut Bina Usahawan
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan), Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Diploma Pengajian Dakwah, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Terengganu

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor

 

Pengalaman lepas :

  • Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS 
  • Pengurus Besar, LZS 
  • Penolong Pengarah Bahagian Belia, Kementerian Belia & Sukan Malaysia
  • Ketua Eksekutif, Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
YBhg. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdullah

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2018

Pendidikan :

  • Social Network Analysis Certificate, University of Michigan, USA 
  • Bachelor of Science (Hons) Combined Studies, Mathematics & Computer Studies, Sunderland Polytechnic, England
  • Master of Science in Computer Science, Indiana University, Bloomington, USA
  • Doctor of Philosophy in Engineering and Computer Science, University of Sussex, England

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Pengasas dan Presiden Araken Sdn. Bhd. 

 

Pengalaman lepas :

  • Pengurusan Tertinggi Accenture (Andersen Consulting)
  • Presiden TSI Telsys Corp, Maryland, USA
  • Ahli Lembaga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
YBhg. Dato’ Paduka Prof Emeritus Dr Muhamad bin Awang

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2018

Pendidikan :

  • Doctor of Philosophy in Air Pollution & Vegetation, University of Sheffield, United Kingdom 
  • Doctorandus (Drs), Institut Teknologi Bandung
  • Certificate : Teaching and Core Study Method, Harvard Executive Program, Harvard Business School
  • Certificate in Environmental Change : Policy Planning & Management, Oxford University

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Emeritus Profesor Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif HCK Capital Group Berhad
  • Chairman Board of Governors Open University Malaysia (OUM)
  • Chairman Board of Governors Peninsula International School (PISA)

 

Pengalaman lepas :

  • Chairman Board of Governors di Asia e University
  • Naib Canselor & Ketua Eksekutif, Universiti SEGi
  • Pengarah UPSI Holdings Sdn Bhd
  • Ahli University Board Governance and Effectiveness, Kementerian Pengajian Tinggi 
Y.Bhg. Puan Hajjah Badariah binti Abd Jalil

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2018

Pendidikan :

  • Master in Business Administration Major in Human Resources, Universiti Hull, United Kingdom.  

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Anggota Jawatankuasa Pencalonan & Imbuhan, MAVCOM

 

Pengalaman lepas :

  • Pengarah Sumber Manusia Kumpulan Petra Energy Berhad
  • Pengarah Modal Insan, New Straits Times
  • Ketua Pengarah Keselamatan TV3
  • Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, Media Prima Berhad
  • Pengurus Besar Perkhidmatan Sumber Manusia dan Pengurusan, Media Prima Berhad
  • Pengurus Besar Sumber Manusia, Media Prima Berhad
  • Naib Presiden Sumber Manusia Korporat, Celcom
  • Perunding Utama, PriceWaterhouseCoopers
Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohamed Ross bin Mohd Din

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2015

Pendidikan :

  • Banking Diploma, Institute of Bankers London

 

Jawatan / Khidmat

Kini :

  • Pengarah Bebas CIMB Group Holdings Berhad
  • Pengerusi / Pengarah Bebas CIMB Islamic Bank Berhad
  • Pengarah OPUS Asset Management Sdn. Bhd.
  • Pengerusi dan Pengarah Prima Ekuiti (UK) Limited
  • Ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraaan (Diperbadankan) (KWAP)

 

Pengalaman lepas :

  • Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang Selangor Berhad
  • Pengarah Eksekutif HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Berkhidmat di HSBC Bank Malaysia Berhad 
Y.Bhg. Profesor Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali

Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS

Tarikh Pelantikan : 2021

Pendidikan :

  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Pemikiran Islam), Universiti Malaya
  • Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama), Universiti Malaya
  • Doktor Falsafah Interfaith Dialogue & Biblical Studies, Universiti Malaya

 

Jawatan / Khidmat

Kini : 

  • Profesor Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya
  • Ahli Majlis Agama Islam Selangor bagi sesi 2021-2023 
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bagi sesi 2021-2023
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Hal Ehwal Muallaf Negeri Selangor
  • Ahli Panel Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  • Ahli Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Ketua Editor Jurnal AL-UMMAH, Jabatan Agama Islam Selangor


Pengalaman lepas :

  • Panel Penasihat Dan Pakar Rujuk Penapisan Bahan Media Berunsur Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Research Fellow at the Interreligious Study and Dialogue Center (Irsyad) of the Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI) Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Jabatan Agama Islam Selangor
Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini

Ketua Pegawai Eksekutif, LZS (MAIS)
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 51 tahun

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), UPM
  • Sarjana Muda Perakaunan, UPM

Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 September 2008 sebagai Eksekutif Perniagaan dan dilantik sebagai Ketua Divisyen Kutipan pada tahun 2016. Beliau telah meneraju Divisyen Operasi Agihan Asnaf bagi tempoh 1/6/2021 hingga 30/3/2022.  Beliau mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pendidikan dalam bidang pengurusan perniagaan dan perakaunan.

Antara syarikat yang  beliau pernah berkhidmat sebelum ini ialah Menara Setia Construction Enterprise, Nusantara Worldwide Insurance (M) Berhad di bawah subsidiari Koperasi Polis Berhad dan Maybank Property Trust Management Berhad.

Encik Mohd Sabirin juga merupakan Perancang Kewangan (RFP Syariah) yang berdaftar di bawah ‘Malaysian Financial Planning Council’ (MFPC). Selain itu, beliau juga mendapat pentauliahan mengajar di Negeri Selangor (Khas) di bawah JAIS dan juga Ahli Persatuan Percukaian Malaysia (MATA).

En. Ahmad Fadhil Bin Hassan

Ketua Pegawai Operasi
Lembaga Zakat Selangor

Encik Ahmad Fadhil Bin Hassan memulakan perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di LZS pada 15 Jun 2023. Beliau telah berkhidmat untuk pelbagai syarikat selama lebih daripada 24 tahun merangkumi pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran, strategi korporat, pengurusan pelaburan, pembangunan produk dan perniagaan, pengurusan risiko, undang-undang serta pematuhan.

Puan Hajah Ariffa binti Ariffin

Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas 
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 52 tahun

  • Akauntan Bertauliah dalam bidang Pengurusan Global (CGMA), UK
  • Sarjana Muda Pentadbiran (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan, Universiti Liverpool John Moores, UK
  • Diploma Tadbir Urus & Pematuhan Korporat, Basel Institute – Governance & MIA

Puan Hajah Ariffa binti Ariffin telah berkhidmat bersama LZS pada 1 Mac 2018 sebagai Ketua Pegawai Operasi Korporat dan Projek Khas. Pada tahun 2022, jawatan tersebut telah diubah kepada Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam bidang perancangan perniagaan, strategi serta analisis dan penilaian perniagaan. 

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif –Korporat, di Kumpulan Media Karangkraf, Pengarah Bersekutu di Innovation Associates Consulting Group Sdn Bhd (iA), dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat di Malaysia Building Society Berhad. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Bahagian Perundingan Strategi di Ernst & Young Management Consultancy, sebagai Penolong Pengurus Perancang Korporat di Tabung Haji Technologies Sdn Bhd dan Eksekutif Kanan di Arab Malaysian Bank Berhad.

Puan Rapizah binti Muhammad Sharif

Ketua Pegawai Kewangan, ACMA, CGMA, C.A. (M), MBA
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 48 tahun

  • Akauntan Berkanun (CGMA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) 
  • Akauntan Berkanun (CA), Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Kewangan dan Pelaburan Gunaan, UKM
  • Sarjana Muda Perakaunan, UUM

Puan Rapizah binti Muhammad Sharif telah berkhidmat bersama LZS sejak 10 Mei 2017 sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan multi nasional serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengauditan, pemasaran dan perakaunan.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Juruaudit Operasi di Maybank Berhad dan Ketua Juruaudit Dalaman, Nestle Products Sdn. Bhd. Beliau seterusnya melebarkan sayapnya di Nestle di dalam bidang Pemasaran dan Pengurusan Jenama (MAGGI) dan sebagai Financial Controller di beberapa Divisyen di Nestle termasuklah di Nestle Professional, bagi Malaysia dan Singapore. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengurus, Continuous Excellence & Change Management – Corporate Finance sebelum menyertai LZS.

Encik Abdul Halim Abd Rahim

Ketua Divisyen Teknologi Maklumat
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 54 tahun
Sarjana Muda Sains, Sains Aktuari, Universiti IOWA, IOWA City, USA.

Encik Abdul Halim Abd Rahim telah berkhidmat bersama LZS sejak 17 April 2018 sebagai Ketua Divisyen Teknologi Maklumat. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam industri IT/ICT khususnya dalam perundingan projek, pengurusan, dan servis pelaksanaan projek.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Ketua Pegawai Perniagaan dan Pengarah Projek di Zanko Sdn. Bhd., Pengurus Besar di Apex Communications Sdn. Bhd., dan sebagai Naib President di Araken Sdn. Bhd. Beliau juga pernah bekerja di Cerner (M) Sdn. Bhd., Alam Teknokrat Sdn. Bhd., Abrar Group International, dan AIA Co. Ltd.

Encik Shahnizam bin Abdul Hamid

Ketua Divisyen Audit Dalam
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 49 tahun

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaanm, UUM
  • Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), UUM

Encik Shahnizam bin Abdul Hamid telah berkhidmat bersama LZS sejak 28 Oktober 2019 sebagai Ketua Divisyen Audit Dalam. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dalam bidang pengauditan dari pelbagai industri dan sektor termasuklah perbankan, automotif, penerbangan, peruncitan, pengurusan fasiliti & kejuruteraan, pengurusan projek & konsultasi, serta perladangan dan perhotelan. 

Antara syarikat yang beliau pernah berkhidmat sebelum ini ialah RHB Bank Berhad, Perusahaan Otomotif Kedua Sdn Bhd dan Malaysia Airports Holdings Berhad. Beliau adalah Pengurus Kanan Audit Dalaman sebelum menyertai LZS. Beliau juga adalah ahli Institut Akauntan Malaysia dan Institut Juruaudit Dalam Malaysia.

Puan Shuaibah Binti Awaldeen

Financial Controller
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 50 tahun

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), UUM
  • Ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA)

Puan Shuaibah binti Awaldeen telah dilantik sebagai Financial Controller pada 1 November 2021. Beliau mempunyai lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan luaran di firma audit serta 20 tahun sebagai Ketua Jabatan/Divisyen Kewangan, Akaun, Perancangan Korporat, Pentadbiran dan Teknologi Maklumat di pelbagai sektor seperti Metro Parking, 1901, IWRAW Asia Pacific, Malaysian Institute of Management, Touch ‘n Go dan Malaysian Rating Corporation Berhad.

Encik Mohd Firdaus bin Kamarudin

Ketua Divisyen Kualiti & Jaminan
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 47 tahun

  • Sarjana Pentadbiran & Perniagaan
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Encik Mohd Firdaus bin Kamarudin telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 Ogos 2019 sebagai Ketua Divisyen Kualiti & Jaminan. Beliau mempunyai lebih 16 tahun pengalaman bekerja bersama syarikat korporat dan syarikat-syarikat multinational dimana 7 tahun pengalaman dalam sektor media dan 9 tahun pengalaman didalam sektor pembuatan.

Antara syarikat yang pernah beliau berkhidmat sebelum ini adalah Media Prima Berhad, The New Straits Times Press, SCA Hygiene, Steelcase Manufacturing, Shinetsu, FMP Automative dan Glaxo Smith Kline. 

Encik Muhd Fikri Naim bin Harun

Ketua Divisyen Kutipan
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 38 tahun
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi MARA.

Encik Muhd Fikri Naim bin Harun telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Kutipan pada 1 November 2021. Beliau mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam bidang jualan, pemasaran, penjenamaan dan pembangunan perniagaan. Sepanjang kerjayanya, dengan berlatar-belakang Pentadbiran Perniagaan, beliau telah berkecimpung dalam tiga industri berbeza bermula dengan industri animasi, teknologi maklumat dan terkini – zakat.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar LC Merchandising Sdn. Bhd., anak syarikat kepada produksi animasi terkemuka Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di MobileOne Technology Sdn. Bhd. sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan yang sedang meningkat naik.

Naseri Bin Salleh

Ketua Divisyen Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 59 tahun

  • Sarjana Muda Pengurusan dan Penilaian Hartanah, UTM

Encik Naseri bin Salleh telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 Februari 2015 sebagai Ketua Divisyen Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran. Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor pembangunan hartanah, pengurusan hartanah serta pentadbiran dan pembinaan.

Antara jawatan yang pernah beliau sandang sebelum ini ialah Pengurus hartanah di Syarikat Land and General Berhad, Faber Facilities Sdn Bhd. dan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. 

Encik Naseri juga merupakan Pengurus Harta Berdaftar yang berdaftar dengan Lembaga Penilai dan Pentaksir, Estet Agent dan Pengurus Harta, Malaysia.

Datin Setia Norajun Ainun binti Dato’ Mohd Hashim

Ketua Divisyen Perhubungan Stakeholder dan Komunikasi Korporat
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 60 tahun

Datin Setia Norajun Ainun binti Dato’ Mohd Hashim telah berkhidmat bersama LZS sejak tahun 2008 sebagai Ketua Divisyen Perhubungan Stakeholder dan Komunikasi Korporat. Beliau mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat.

Antara syarikat yang pernah beliau berkhidmat sebelum ini ialah The New Straits Times Press Berhad, Amanah Butler (Forex) Malaysia Berhad, Isetan Japan Sdn. Bhd., Fujitsu Business System, Mega SPJ Sdn. Bhd., Amanah Capital Malaysia Berhad, Malaysia Resources Corporation Berhad di bawah Realmild Malaysia Sdn. Bhd. dan Radicare Malaysia Sdn Bhd, dan Rahmat Samudera / MAIS NGV.

Encik Kamarulzaman Bin Omar

Ketua Divisyen Strategi Korporat
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 48 tahun

  • Akauntan, Chartered Institute of Management Accountant (CIMA)
  • Sarjana Eksekutif Pengurusan, Universiti Asia Metropolitan (AMU)
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perakaunan dan Kewangan (Kepujian), Universiti Middlesex, London

Encik Kamarulzaman bin Omar telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 September 2019 sebagai Ketua Divisyen Strategi Korporat. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai industri seperti perbankan, peruncitan, kurier dan logistik. 

Beliau pernah berkhidmat di Pos Malaysia selama 13 tahun dengan memegang jawatan di pelbagai jabatan seperti Perancangan Strategi Korporat, Pejabat Pengurusan Transformasi, Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kewangan. Jawatan terakhir yang dipegang beliau sebagai Pengawal Kewangan (Financial Controller). Encik Kamarulzaman juga pernah berkhidmat di Harrods Group, London selama 5 tahun sebagai Akauntan Pengurusan (Management Accountant) dan lebih 2 tahun di sektor perbankan di RHB Bank Berhad dan MBSB Bank Berhad.

Puan Azuwadaniseh binti Mohd Zain

Ketua Divisyen Sumber Manusia 
Warganegara Malaysia, Perempuan, 54 tahun

  • Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian), USM
  • Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, OUM

Puan Azuwadaniseh binti Mohd Zain mula berkhidmat bersama LZS pada 31 Januari 2020 sebagai Ketua Divisyen Sumber Manusia. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Ketua Pusat Latihan KVMRT di MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn. Bhd. (2016 – 2020), Naib Presiden Pembelajaran dan Pembangunan di Bank Simpanan Nasional (2004 – 2016), Ketua Sumber Manusia Kawasan Perkhidmatan 3, Alam Flora Sdn  Bhd (2001 – 2004), dan sebagai Eksekutif Kanan Sumber Manusia (1995 – 2001) di Celcom (M) Sdn. Bhd.

Encik Zulfirdus Bin Abu Hassan

Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 41 tahun

  • Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2015-2019)
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah, Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (2004-2007)

Encik Zulfirdaus Bin Abu Hassan telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf pada 1 Jun 2023. Beliau mempunyai lebih daripada 17 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai

  • Associate Director, Scholar Management (Education) di Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (2014-2017).
  • Consultant Human Capital di Human Capital Development Sdn. Bhd. (2017-2018)
  • Head of Program Management di NAMA Foundation (2018-2023)
  • General Manager, Asnaf Development Division, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) (2023-Kini)
Encik Suaib Bin Nyompa

Ketua Divisyen Perolehan
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 44 tahun    

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Tanah , Universiti Teknologi Malaysia

Encik Suaib Bin Nyompa telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Perolehan pada 27 Mac 2023. Pernah menyertai beberapa syarikat-syarikat korporat utama, beliau memulakan karier sebagai Eksekutif Pengurusan Kontrak dan Perolehan (Jurukur Bahan) untuk Kluster Asia Tengah dan Selatan (UAE dan India) di IJM Group Berhad pada tahun 2003 dan sebagai Pengurus sehingga 2008

Beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan projek infrastruktur seperti lebuhraya dan kompleks kerajaan di India dan UAE. Seterusnya berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan di Dialog Group Berhad untuk projek minyak dan gas hiliran (downstream) Melaka di pada tahun 2008. Beliau menyertai TH Heavy Engineering Berhad sebagai Pengurus Kanan Tender pada tahun 2011 dan terlibat untuk pembanguan lapangan minyak luar persisir (upstream) di Sabah dan Sarawak seterusnya sebagai Pengurus dan Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan serta berperanan dalam pembentukan jabatan kontrak dan perolehan serta pembangunan vendor di beberapa anak syarikat Petronas, sebelum meyertai Lembaga Zakat Selangor.

Encik Salehuddin Bin Abu Samah

Ketua Divisyen Syariah dan Dakwah
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 46 tahun

  • Certified Shariah Advisor
  • Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi

Encik Salehuddin bin Abu Samah telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Syariah dan Dakwah pada 1 Disember 2022. Beliau merupakan Associate Member of Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) dan seorang Penasihat Syariah Bertauliah dengan pengalaman menjadi ahli jawatankuasa Syariah di pelbagai agensi. 

Dari 19 tahun pengalaman kerja, 11 tahun daripadanya adalah dalam bidang pengurusan, khidmat nasihat, kajian dan pematuhan Syariah dengan jawatan terakhir beliau sebagai Ketua Jabatan Semakan dan Pengesahan Syariah di RHB Islamic Bank Berhad. Di samping pendedahan di dalam dunia korporat, beliau juga terlibat secara aktif dalam menjalankan aktiviti pendidikan, dakwah dan penulisan dalam mengembangkan syiar Islam.

Encik Md Yusmizan bin Yusuf

Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 46 tahun

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, Open University Malaysia (OUM)

Encik Md Yusmizan bin Yusuf telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf pada 1 Jun 2022. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman kolaborasi dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pelbagai agensi di seluruh negeri Selangor.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurusan Projek Selangor Prihatin di Batu Bertangkup, Perlis dan Pasir Puteh, Kelantan sejak 2014. Selain itu, beliau juga sedang menguruskan Projek Agroekonomi Asnaf di Selangor (Bukit Beruntung, Hulu Selangor dan Permatang Pasir, Kuala Langat).

Selain itu, beliau juga orang yang bertanggungjawab mendapatkan pewartaan Pusat Perlindungan Muallaf Baitus Salam Di Bawah Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan, Membangunkan Modul Bersepadu Baitus Salam, serta Kecemerlangan Pelajar Bait Al-Hasanah.

Di samping itu juga, beliau berpengalaman terlibat sebagai Speaker Annual Dialysis Conference anjuran National Kidney Foundation dan Speaker Muzakarah Zakat Nusantara Kali Ke-2 yang telah dianjurkan oleh pihak UKM.

Encik Zulkepli bin Mad Yatim

Ketua Divisyen Perkhidmatan Cawangan dan Hab
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 40 tahun

  • Diploma Tahfiz dan Qiraat, Darul Quran JAKIM
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian (Syariah) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Encik Zulkepli bin Mad Yatim telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Perkhidmatan Cawangan dan Hab pada 15 April 2024. Beliau mempunyai lebih 18 tahun pengalaman bekerja di Lembaga Zakat Selangor dengan pelbagai jawatan dan lokasi bertugas di Negeri Selangor.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selain itu, beliau merupakan pemegang tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Merupakan penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pada tahun 2023.