Laporan Tahunan LZS 2023

Pada tahun 2023, LZS mencatat sejarah dengan jumlah kutipan zakat sebanyak RM1.12 bilion dan berjaya mengagihkan RM1.15 bilion kepada lebih daripada 350,000 individu asnaf dan pelbagai organisasi. Ini termasuk bantuan kewangan bulanan, pembinaan rumah, rawatan perubatan, biasiswa pendidikan dan banyak lagi. Usaha ini telah memberi impak yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup mereka yang memerlukan.

Kami juga telah melancarkan Laporan Kelestarian (ESG) pertama kami, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuhkan aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Laporan ini mencerminkan komitmen kami untuk menjaga kesejahteraan masyarakat, memelihara alam sekitar dan mengamalkan tadbir urus yang telus.

Dengan setiap sumbangan, anda membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan memberikan mereka peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik. Bersama-sama, kita boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam membantu komuniti asnaf di Selangor.

Teruskan bersama kami dalam perjalanan ini. Marilah kita berganding bahu untuk membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.

Jumlah Kutipan Zakat
RM 0 bilion
Jumlah Pengagihan Zakat
RM 0 bilion
Pembayar Zakat Baru
0
Jumlah Asnaf Dibantu
Lebih 0

Kenali Kami

Sepanjang tiga dekad yang lalu, LZS telah berkembang menjadi salah satu institusi zakat terkemuka di Malaysia, dengan sokongan lebih 600 warga kerja yang berdedikasi dan 18 cawangan di seluruh negeri Selangor.

Sejak penubuhannya, LZS telah berjaya mengumpul dan mengagihkan lebih RM11 bilion zakat, memberi manfaat kepada ratusan ribu individu dan keluarga yang memerlukan.

Kata Aluan Pengerusi

Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail

Pengerusi, Lembaga Zakat Selangor

Tahun 2023 adalah tahun yang penuh dengan pencapaian luar biasa bagi LZS. Alhamdulillah, kita telah berjaya mengumpul zakat sebanyak RM1.12 bilion dan mengagihkan sebanyak RM1.15 bilion kepada mereka yang memerlukan.

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Mohd Sabirin Mohd Sarbini

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor

Pengagihan zakat pada tahun ini telah memberi manfaat besar kepada lebih daripada 70,600 keluarga asnaf, fakir, miskin dan mualaf. Di bawah program pembangunan sosial kami telah mengagihkan sebanyak RM777 juta, yang merangkumi hampir 70% daripada jumlah agihan.

Agihan Zakat

RM 1.15 Bilion

Peningkatan Agihan Zakat pada tahun 2023 berbanding 2022
0 %

LZS telah mengagihkan zakat merentasi lapan kategori asnaf, dengan fokus utama kepada pembangunan sosial, pendidikan, institusi agama, pembangunan insan, dan pembangunan ekonomi.

Jumlah keseluruhan pengagihan adalah RM1.15 bilion, dengan lebih 70,600 keluarga (termasuk mualaf) menerima bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan, makanan, dan rawatan perubatan.

Asnaf (Fakir, Miskin & Mualaf)

Keluarga Asnaf
0 +

peningkatan 7% YoY

Asnaf yang keluar dari kemiskinan

keluarga Asnaf
0 +

peningkatan 95% YoY

Program Pengagihan Terbesar

Pembangunan Sosial
RM 0 juta

peningkatan 11% YoY

Kumpulan penerima zakat terbesar

Fakir & Miskin
RM 0 juta

peningkatan 19% YoY

Fakir

RM 0 juta

Miskin

RM 0 juta

Mualaf

RM 0 juta

Riqab

RM 0 juta

Gharimin

RM 0 juta

Fisabilillah

RM 0 juta

Ibnu Sabil

RM 0

Amil

RM 0 juta

Kutipan Zakat

RM 1.12 Bilion

Peningkatan Pungutan Zakat pada tahun 2023 berbanding 2022
0 %

Jumlah kutipan zakat pada tahun 2023 mencapai RM1.12 bilion. Kutipan ini disokong oleh pelbagai kaedah pembayaran yang memudahkan pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka.

Zakat pendapatan merupakan kategori terbesar dengan jumlah RM663 juta, manakala saluran kutipan utama adalah melalui potongan gaji yang menyumbang RM372 juta.

Jumlah Pembayar Zakat

Muzakki
0 +

Kutipan Zakat Terbesar

Zakat Pendapatan
RM 0 juta

Saluran Pembayaran Terbesar

Potongan Gaji
RM 0 juta

peningkatan 5% YoY

Saluran kutipan pertumbuhan tertinggi.

Direct Debit
+ 0 %

Kutipan melangkau RM2.2 juta

Zakat Pendapatan

RM 0 juta

Zakat Perniagaan

RM 0 juta

Zakat Simpanan

RM 0 juta

Zakat Harta

RM 0 juta

Zakat Fitrah

RM 0 juta

Zakat Saham

RM 0 juta

Zakat Emas

RM 0 juta

Zakat Perak

RM 0

Zakat Tanaman

RM 0 juta

Zakat Ternakan

RM 0

Kutipan zakat yang signifikan ini membolehkan LZS untuk melaksanakan pelbagai program bantuan dan pembangunan yang memberi impak besar kepada golongan asnaf. Dana zakat digunakan untuk menyediakan bantuan, pembangunan ekonomi dan pembangunan institusi agama. Ini memastikan golongan yang memerlukan mendapat sokongan yang berterusan dan berkesan.

Teras Bantuan Zakat

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengutamakan lima teras utama dalam pelaksanaan agihan zakat melalui pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan institusi agama, pembangunan ekonomi, dan pembangunan insan.

Setiap teras ini disediakan demi memberikan impak maksimum kepada penerima zakat dan masyarakat Islam keseluruhannya.

Pembangunan Sosial

RM 0 juta

Pembangunan Pendidikan

RM 0 juta

Pembangunan Institusi Agama

RM 0 juta

Pembangunan Ekonomi

RM 0 juta

Pembangunan Insan

RM 0 juta

Kerjasama Strategik

Selaras dengan misi kami untuk menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan penuh tanggungjawab, kerjasama dengan rakan strategik LZS telah memperkukuhkan usaha kami dalam menjalankan pelbagai program kutipan, agihan serta pembangunan asnaf.

Rakan strategik kami terdiri daripada pelbagai sektor termasuk syarikat korporat, NGO, institusi pendidikan dan badan berkanun.

Dengan jalinan kerjasama yang erat ini, kami berjaya menggerakkan program-program yang bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan asnaf, tetapi juga memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti.

Melalui pelbagai inisiatif dan projek termasuk program CSR yang dilaksanakan bersama rakan strategik, kami dapat mengoptimumkan sumber dan kepakaran untuk mencapai matlamat bersama.

Kerjasama ini membolehkan kami memperluaskan capaian dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan zakat dalam masyarakat. Kami sangat menghargai setiap usaha dan sumbangan yang diberikan oleh rakan strategik kami. Bersama-sama, kita mampu mencipta perubahan positif dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam usaha membantu golongan asnaf dan membangunkan komuniti.

TABUNG DARAH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG

Rakan Kolaborasi

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Kementerian Pendidikan Malaysia

PERKESO

Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Food Institute Malaysia (FIM)

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Hidayah Centre

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Institut Latihan Islam Dakwah Negeri Selangor (ILDAS)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Malaysia Office of the Chief Government Security Officer

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

ICU Selangor

Creating Shared Value

(CSV) Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (LZS) komited dalam usaha bukan sahaja untuk menguruskan zakat dengan cekap, tetapi juga untuk mencipta nilai bersama (CSV) melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. CSV LZS adalah pendekatan strategik yang menggabungkan peluang perniagaan dengan keperluan sosial untuk mewujudkan nilai bersama yang mampan bagi masyarakat dan perniagaan.

Visi

Menjadi peneraju institusi zakat yang menitikberatkan isu sosial dalam mereka bentuk strategi korporat.

Misi

Memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan penuh tanggungjawab dengan mengamalkan nilai-nilai teras LZS.

Objektif

  1. Memastikan program CSV berpotensi membantu golongan sasaran sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
  2. Menggabungkan kepakaran korporat dan aset untuk menangani keperluan sosial.
  3. Mewujudkan sinergi antara peluang perniagaan dan keperluan sosial.

Kerjasama

Berganding bahu dengan syarikat korporat, NGO, dan badan-badan berkanun dalam menjayakan program-program yang telah dirancangkan.

Amanah

Menjalankan tugas dan program-program yang telah dirancangkan dengan adil dan saksama.

Empati

Bersikap prihatin dan berusaha memahami situasi bagi menjayakan program-program CSV.

Komitmen

Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diberikan bagi memastikan objektif program CSV berjaya.

Kelas Intervensi Membaca

Kelas Intervensi Membaca LZS bertujuan untuk membantu anak-anak yang berasal dari keluarga B40 memperoleh kemahiran membaca. Inisiatif ini dibangunkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Adab Youth Garage.

Pelajar dari lima cawangan terpilih, masing-masing dengan 50 pelajar, mengambil bahagian dalam kelas ini. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan 25 pelajar dalam setiap kumpulan.

Cawangan yang terlibat ialah :-

  • Al-Biruni Desa Mentari
  • Al-Biruni Puchong
  • Al-Biruni Tanjung Karang
  • AYG Hicom
  • AYG Taman Medan Jaya


Kelas ini berlangsung selama satu tahun dan dibahagikan kepada dua sesi, satu setiap enam bulan.

Play Video

Kumpulan 1

Jumlah pelajar: 112 orang

Kumpulan 2

Jumlah pelajar: 99 orang

Imbasan Peristiwa Penting 2023

13 Januari 2023
21 Februari 2023
21 Mac 2023
20 Jun 2023
20 Ogos 2023
5 September 2023
Oktober 2023
7 November 2023
27 November 2023
30 November 2023
3 Disember 2023
4 Disember 2023
KERJASAMA LZS & ETIQA USAHA SANTUNI ANAK MISKIN BANDAR
Lembaga Zakat Selangor (LZS) bekerjasama dengan Etiqa Family & General Takaful Berhad untuk membuka Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni Zakat Selangor yang ketiga di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara.
LZS SEDIAKAN PERUNTUKAN ZAKAT RM32.6 JUTA BIAYAI PERSIAPAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK ASNAF FAKIR & MISKIN SERTA MUALAF
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan peruntukan zakat sebanyak RM32,615,896 untuk membiayai persiapan persekolahan 67,798 anak asnaf fakir, miskin, dan mualaf bagi sesi 2023.
LZS SALUR BANTUAN RAMADAN & SYAWAL RM30 JUTA KEPADA 64,819 ASNAF FAKIR, MISKIN DAN MUALAF
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mula mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM30,069,600 kepada 64,819 ketua keluarga asnaf fakir miskin dan mualaf di seluruh Selangor untuk persiapan awal menyambut Ramadan dan Syawal.
LZS ANJURKAN MUZAKARAH ZAKAT NUSANTARA 2023
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Muzakarah Zakat Nusantara 2023 yang melibatkan lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, dan Brunei.
300 SERTAI CEO RUN 2023 ANJURAN LZS
Seramai 300 peserta menyertai CEO Run anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Acara yang melibatkan 60 syarikat pengeluar zakat, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, pengurusan tertinggi, dan warga kerja, yang membuat larian sejauh 4km.
LZS LANTIK 1,878 KETUA DAN PENOLONG AMIL KARIAH SELURUH SELANGOR
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik seramai 1,878 orang Ketua dan Penolong Amil Kariah (PAK) di seluruh Selangor bagi sesi 2023-2025. Pelantikan ini bertujuan untuk memudahkan interaksi antara LZS dan masyarakat, khususnya asnaf LZS.
SWS DIDIK PELAJAR KEPENTINGAN ZAKAT
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperkenalkan program ‘Start With Seringgit’ untuk mendidik pelajar sekolah rendah mengenai kepentingan zakat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa sumbangan kecil seperti seringgit dapat membantu golongan asnaf dan memupuk semangat berzakat sejak usia muda.
LZS AGIH RM34.25 JUTA BANTUAN KHAS KEPERLUAN HIDUP SANTUNI 68,500 PENERIMA
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengagihkan RM34.25 juta melalui Bantuan Khas Keperluan Hidup kepada 68,500 penerima yang terdiri daripada asnaf fakir miskin dan mualaf di Selangor. Majlis simbolik penyerahan bantuan diadakan di Masjid Al-Falah Kampung Jenjarom.
KEMPEN KONGSI REZEKI DENGAN ZAKAT: SERUAN & GALAKAN UMAT ISLAM TUNAI ZAKAT BANTU ASNAF
Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat, yang berlangsung hingga 31 Disember 2023, untuk menggalakkan umat Islam di Selangor menyegerakan kewajipan zakat sebelum akhir tahun.
LZS DEKATI GOLONGAN SELEBRITI DALAM PROGRAM DAKWAH
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan program dakwah bertajuk "Selebriti Bersama Mufti" yang dihadiri oleh lebih daripada 30 selebriti tanah air. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pengurusan zakat, termasuk kutipan dan agihan, serta menggalakkan selebriti yang juga usahawan untuk menunaikan kewajipan berzakat.
44 ASNAF CEMERLANG DALAM PELAJARAN, PERNIAGAAN DIRAIKAN
LZS meraikan kejayaan 44 asnaf yang menerima bantuan zakat dalam Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang. Majlis ini disempurnakan oleh Dato’ Paduka Prof. Emeritus Dr. Muhamad Awang dan diadakan di sebuah hotel. Daripada 44 penerima, 31 adalah pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama seperti SPM, STAM, STPM, dan IPT.
IKON INSPIRASI: SITI NURHALIZA DAN KAMARUDIN MERANUN SEMARAKKAN BIZJIHAD
Program BizJihad anjuran Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menampilkan penyanyi Dato' Siti Nurhaliza dan Pengerusi Eksekutif Capital A, Tan Sri Kamarudin Meranun, sebagai ahli panel. Kehadiran mereka memberikan inspirasi kepada syarikat pengeluar zakat di Selangor.

Perancangan Masa Hadapan

Pihak berkepentingan LZS terus meningkat seiring dengan peningkatan bilangan Asnaf yang dijangka akan mencecah lebih 400,000 penerima menjelang 2025.

Penyata Kutipan & Agihan

Lembaga Zakat Selangor 2023

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat sebanyak RM1.12 bilion dan mengagihkannya kepada lebih daripada 350,000 individu asnaf sepanjang tahun 2023. Kejayaan ini adalah hasil sokongan padu daripada semua pembayar zakat dan rakan strategik.

Muat turun penyata lengkap dalam bentuk PDF:

Kemudahan Pembayaran Zakat

Lembaga Zakat Selangor (LZS) sentiasa komited untuk memudahkan urusan pembayaran zakat bagi para muzakki di seluruh Selangor. Pada tahun 2023, kami telah memperkenalkan pelbagai saluran pembayaran yang inovatif dan mudah diakses untuk memastikan setiap individu dapat menunaikan kewajipan zakat mereka dengan lebih efisien.

Dengan kemudahan ini, LZS berusaha untuk memastikan proses pembayaran zakat lebih lancar, cepat dan selamat, sejajar dengan misi kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Para pembayar zakat kini boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran termasuk cawangan LZS di seluruh Selangor, kaunter bergerak (Zakat On Wheels), perunding zakat dan juga melalui perkhidmatan dalam talian di fpx.zakatselangor.com.my. Selain itu, kemudahan pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit Islamik, mesin ATM, mobile banking dan kiriman pos turut disediakan.

Kami juga bekerjasama dengan pelbagai institusi kewangan dan syarikat teknologi untuk menyediakan platform pembayaran yang lebih luas dan mudah diakses. Dengan usaha ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran dan kepatuhan terhadap kewajipan zakat di kalangan masyarakat Islam di Selangor.

  • Semua Cawangan LZS negeri Selangor
  • Kaunter bergerak (Zakat On Wheels) 
  • Perunding Zakat
  • Di semua cawangan LZS (MAIS) seluruh negeri Selangor 
  • Kad Debit MEPS 
  • Mobile Apps Perunding Zakat
  • BIMB 
  • Public Bank 
  • OCBC Bank 
  • Cek/Kiriman Wang/Draf Bank/Wang Pos 
  • Maybank – Phone Banking (Dail 1300-88-6688) 
  • i-TAP (Bank Islam)
  • Mobile Apps Zakat Selangor
  • Penolong Amil Padi 

Cawangan LZS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempunyai 18 cawangan di seluruh negeri Selangor bagi memastikan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan menyeluruh. Setiap cawangan dilengkapi dengan kakitangan terlatih yang bersedia untuk membantu dan memberi panduan kepada pembayar zakat serta penerima zakat.

Dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik, LZS menyediakan kemudahan untuk menunaikan kewajipan zakat dan mendapatkan maklumat serta bantuan yang diperlukan.

Ibu Pejabat

Bangunan Zakat Selangor
3-01-1 Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Kompleks UTC Shah Alam

Lot G-8A, Kompleks UTC Selangor@Anggerik Mall,
No. 5, Jalan 14/8, Seksyen 14,
40000 Bandaraya Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Masjid Negeri

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Tingkat Bawah Persiaran Masjid,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Subang Jaya

Masjid Darul Ehsan Subang Jaya,
Jalan SS15/2E,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Damansara

Masjid Mujahideen SS 21/23
Damansara Utama, 46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Masjid Kota Damansara

Jalan Sepah Puteri 5/21,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Puchong

No. 32, Jalan Puteri 4/2,
Bandar Puteri, 47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Kompleks MAIS Klang

Lot 336G, Jalan Meru Off Jln Kapar,
41050 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG)

Lembaga Zakat Selangor

 

Lembaga Zakat Selangor (LZS) komited untuk mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam setiap aspek operasinya. Dengan pendekatan ini, LZS berusaha untuk mengukuhkan keberkesanan pengurusan zakat sambil memastikan bahawa inisiatif kami bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan asnaf tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

Kami telah melancarkan pelbagai program yang memfokuskan kepada pengurangan jejak karbon, pemerkasaan komuniti dan amalan tadbir urus yang telus dan beretika.

Melalui kerjasama dengan pelbagai pihak, LZS terus berusaha untuk memupuk kepercayaan masyarakat dan memastikan bahawa setiap sumbangan zakat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membina masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

Sumbangan Sosial

RM1.151 bilion

Jumlah yang diagihkan kepada asnaf

50,000+

keluarga asnaf dan individu yang menerima bantuan kewangan bulanan

65,000+ keluarga

keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor telah disantuni

400+ warga kerja LZS

dilatih dalam keselamatan tempat kerja

Pengurusan Organisasi

Organisasi Zakat Pertama

di Malaysia yang melancarkan Rangka Kerja & Pelan Hala Tuju ESG

21 wakil ESG

dilantik di semua divisyen LZS

Perakuan
ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Antirasuah ABMS)
& ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti QMS)

Piawaian untuk sistem pengurusan anti-rasuah dan pengurusan kualiti yang dilaksanakan

Pengurusan Alam Sekitar

250 tCO₂e

Skop 1 pelepasan karbon

1,462 tCO₂e

Skop 2 pelepasan karbon

73,550 m³

Penggunaan air

3,582 GJ

Tenaga elektrik yang digunakan

157 kg

kitar semula sisa elektronik dikutip bermula Jun hingga Ogos 2023

6,943 GJ

Penggunaan elektrik yang diperoleh

2

Program pengurusan sisa

Kata Alu-Aluan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor untuk Laporan Tahunan LZS 2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Dihormati pemegang taruh, pembayar zakat, NGO dan masyarakat awam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabat dan sekalian umat. Dengan penuh rasa syukur, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemegang taruh, khususnya pembayar zakat, NGO dan masyarakat awam atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kepercayaan dan sokongan anda adalah pendorong utama bagi kami untuk terus maju dan memberikan yang terbaik kepada golongan asnaf di negeri Selangor.

Saya juga ingin mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh warga kerja LZS atas dedikasi dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas. Tanpa usaha keras dan kerjasama erat dari semua pihak, pencapaian yang kita raikan hari ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Setiap individu di LZS telah menunjukkan semangat kerja yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan setiap program dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan kita adalah hasil daripada usaha bersama yang tidak mengenal penat lelah.

Pencapaian dan Prestasi 2023

Tahun 2023 adalah tahun yang penuh dengan pencapaian luar biasa bagi LZS. Alhamdulillah, kita telah berjaya mengumpul zakat sebanyak RM1.119 bilion dan mengagihkan sebanyak RM1.151 bilion kepada mereka yang memerlukan. Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan kasih sayang dan keprihatinan pembayar zakat yang semakin meningkat dan peningkatan jumlah pembayar zakat baru. Lebih 70,600 keluarga asnaf termasuk mualaf telah menerima manfaat dari agihan ini, yang membuktikan betapa pentingnya peranan kita bersama dalam meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Peningkatan kutipan zakat ini tidak hanya menggambarkan keberkesanan sistem pengurusan LZS, tetapi juga komitmen masyarakat Islam di Selangor dalam melaksanakan kewajipan zakat mereka. Pengiktirafan yang diterima oleh LZS sepanjang tahun 2023, termasuk anugerah dari pelbagai badan berprestij, menjadi bukti bahawa usaha LZS diiktiraf dan dihargai. Kejayaan ini bukan sahaja milik LZS tetapi juga milik semua yang terlibat, daripada pembayar zakat hingga penerima manfaat, serta semua pihak yang menyokong usaha kami.

Inisiatif dan Program Utama

Sepanjang tahun 2023, LZS telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program utama yang memberikan impak positif kepada masyarakat. Antaranya adalah program bantuan sosial, bantuan pendidikan dan pembangunan ekonomi asnaf. Program-program baharu yang diperkenalkan, termasuk inisiatif Kelestarian Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), telah membantu memperkasa asnaf dan memastikan mereka mendapat peluang yang lebih baik untuk masa depan.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan semata-mata tetapi juga untuk membina asas yang kukuh bagi keberdayaan jangka panjang. Program pembangunan ekonomi, contohnya, menyediakan latihan dan bantuan modal untuk asnaf memulakan perniagaan sendiri. Program pendidikan pula memastikan anak-anak asnaf mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti bahkan juga membuka peluang untuk masa depan yang lebih cerah. Melalui program-program ini, LZS bukan sahaja berusaha untuk meringankan beban semasa tetapi juga membantu asnaf keluar dari kitaran kemiskinan.

Cabaran dan Penyelesaian

Namun begitu, tahun 2023 juga tidak terlepas dari pelbagai cabaran. Kita menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang memerlukan penyelesaian bijak dan efektif. Ketidaktentuan ekonomi global, inflasi yang meningkat, dan pelbagai isu sosial telah memberikan tekanan kepada kemampuan kita untuk memenuhi keperluan semua asnaf. Namun, dengan pendekatan yang proaktif dan inovatif, LZS telah berjaya menangani cabaran ini dengan cemerlang.

LZS telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengatasi cabaran ini, termasuk mempertingkatkan kecekapan pengagihan zakat dan memastikan ketelusan dalam setiap operasi. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa setiap ringgit zakat yang dikumpulkan dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada golongan asnaf. Dengan memanfaatkan teknologi dan memperkukuh sistem pengurusan, kita telah berjaya mengekalkan ketahanan operasi dan terus memberikan bantuan yang diperlukan tanpa gangguan.

Visi dan Harapan Masa Depan

Melangkah ke hadapan, LZS bertekad untuk terus memperkukuh keberkesanan pengurusan zakat dan memperluas jangkauan bantuan. Visi kami adalah untuk memastikan bahawa setiap asnaf di negeri Selangor mendapat peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan keluar dari kitaran kemiskinan. Kami komited untuk mencapai sasaran ini melalui pelbagai program dan inisiatif yang dirancang dengan teliti, dengan kerjasama erat dari semua pihak berkepentingan.

Kami juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang inovatif dan berimpak tinggi, termasuk memperluas program pembangunan lestari dan memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan operasi. Dengan sokongan berterusan dari masyarakat dan pihak berkepentingan, kami yakin LZS akan terus menjadi peneraju dalam pengurusan zakat yang berkesan dan memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan.

Penutup

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan kepada LZS. Kepada seluruh masyarakat, saya menyeru agar terus menyokong dan mempercayai LZS dalam usaha meringankan beban lapan golongan asnaf yang memerlukan. Bersama-sama, kita dapat membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.

Dengan komitmen dan sokongan berterusan daripada semua pihak, kami yakin dapat meneruskan usaha murni ini dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan LZS dan bersama-sama kita memacu perubahan positif dalam masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Y.A.M. TAN SRI DATO’ SERI SYED ANWAR JAMALULLAIL
Pengerusi, Lembaga Zakat Selangor

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kekuatan dan peluang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat Islam di Selangor. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kita dapat menyempurnakan Laporan Tahunan 2023 ini dengan penuh kebanggaan dan rasa syukur.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemegang taruh, pembayar zakat, NGO dan masyarakat awam yang telah menunjukkan sokongan padu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kejayaan yang kita capai sepanjang tahun 2023 ini adalah hasil daripada usaha gigih dan kerjasama erat yang telah kita bina bersama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan LZS atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjalankan amanah ini.

Tahun 2023 mencatatkan prestasi yang amat membanggakan bagi LZS. Kami berjaya mengutip zakat sebanyak RM1.12 bilion, yang menunjukkan peningkatan kesedaran dan tanggungjawab umat Islam di Selangor terhadap kewajipan berzakat. Pengagihan zakat pula mencecah RM1.15 bilion, memberi manfaat kepada lebih daripada 350,000 penerima dalam kalangan individu dan organisasi. Golongan yang menerima bantuan ini termasuk fakir, miskin, mualaf, riqab, gharim, fisabilillah dan ibnu sabil.

Pengagihan zakat pada tahun ini telah memberi manfaat besar kepada lebih daripada 70,600 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf. Di bawah program pembangunan sosial kami telah mengagihkan sebanyak RM777 juta, yang merangkumi hampir 70% daripada jumlah agihan. Antara bantuan ini termasuk bantuan kewangan bulanan, makanan dan rawatan perubatan. Lebih daripada 3,600 keluarga berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan, hampir menggandakan angka tahun sebelumnya. Ini adalah bukti jelas bahawa usaha wang zakat anda memberikan impak yang positif dan berterusan kepada asnaf.

Dalam bidang pembangunan pendidikan, kami telah mengagihkan sebanyak RM171 juta untuk keperluan pendidikan termasuk biasiswa dan yuran pengajian kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan. Usaha ini bertujuan untuk memastikan mereka mendapat peluang yang adil untuk melanjutkan pelajaran dan memperbaiki kehidupan mereka. Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah dan kami komited untuk terus menyokong para pelajar dalam mencapai impian mereka.

Selain itu, kami juga memfokuskan kepada pembangunan institusi agama dengan mengagihkan dana untuk pembinaan dan pembaikan masjid dan surau. Pada tahun 2023, kami telah memperuntukkan dana yang signifikan untuk memastikan institusi-institusi ini dapat beroperasi dengan baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kemudahan ibadah yang selesa dan kondusif adalah penting bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan umat Islam di Selangor.

Strategi dan inovasi memainkan peranan penting dalam kejayaan LZS. Kami telah melaksanakan pelbagai kempen kesedaran dan kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan kutipan zakat. Penggunaan teknologi dan inovasi dalam pengurusan zakat dan pengagihan bantuan telah memudahkan urusan kami dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kami. Ini termasuk penggunaan sistem pembayaran zakat secara dalam talian dan aplikasi mudah alih, yang memudahkan pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka.

Dalam aspek pengurusan dan tadbir urus, kami menekankan kepada ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam setiap tindakan kami. Amalan tadbir urus terbaik dipraktikkan untuk memastikan setiap sen zakat digunakan dengan sebaik mungkin. LZS juga telah berjaya mendapatkan pensijilan ABMS (Anti-Bribery Management System) dan ISO 9001 QMS (Quality Management System), yang membuktikan komitmen kami terhadap ketelusan dan integriti.

Kami juga mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Usaha-usaha ini termasuk menyediakan latihan dan pembangunan profesional kepada kakitangan kami serta menjalankan kajian kepuasan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas yang konstruktif.

Kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk NGO, institusi pendidikan dan sektor swasta telah memberikan impak positif kepada pengagihan zakat dan program pembangunan masyarakat. Melalui kerjasama ini, kami dapat melaksanakan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada golongan asnaf dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Menjelang tahun 2024 dan seterusnya, kami sedar bahawa cabaran akan terus datang. Namun, dengan sokongan anda semua, kami yakin dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memastikan setiap individu yang memerlukan mendapat bantuan yang sewajarnya. Kami akan terus memperkukuhkan usaha kami dalam mengumpul dan mengagihkan zakat dengan penuh integriti dan profesionalisme. Kami juga akan terus berusaha untuk memperbaiki sistem pengurusan dan operasi kami agar lebih cekap dan berkesan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua muzakki yang telah menunjukkan komitmen yang luar biasa. Bersama-sama, kita telah membina sebuah komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dan memberikan ganjaran yang setimpal di dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih.

Yang Berusaha,
Encik Mohamad Sabirin Mohamad Sarbini
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor

Creating Shared Value (CSV) Lembaga Zakat Selangor

Kerangka CSV

CSV LZS dirancang dan dilaksanakan melalui pendekatan yang sistematik yang melibatkan beberapa langkah utama:

  1. Rancang:
  • Mengenal pasti projek yang akan dijalankan.
  • Mengkaji masalah sosial yang ingin diselesaikan.
  • Merancang penggunaan sumber dalaman dan luaran secara strategik.

  1. Buat:
  • Melaksanakan projek berdasarkan perancangan yang telah dibuat.
  • Menggunakan mekanisme yang telah ditentukan untuk mencapai matlamat projek.

  1. Lihat:
  • Menilai prestasi projek dalam jangka masa pendek (1 bulan – 1 tahun) dan jangka masa panjang (2 tahun – 5 tahun).
  • Mencipta nilai yang boleh dilihat dalam masyarakat, alam sekitar, dan ekonomi.

 

Cadangan Projek CSV

Antara cadangan projek CSV yang telah dan akan dijalankan oleh LZS termasuk:

  1. Pendidikan:
    • Memberikan biasiswa dan bantuan pendidikan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
    • Menjalankan program latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang pekerjaan.
  2. Kesihatan:
    • Menyediakan rawatan perubatan dan dialisis kepada mereka yang memerlukan.
    • Menganjurkan kempen kesedaran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma.
  3. Pembangunan Ekonomi:
    • Membantu golongan asnaf memulakan perniagaan kecil dengan memberikan modal permulaan dan bimbingan.
    • Menjalankan program pembangunan usahawan untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan ekonomi golongan asnaf.
  4. Pembangunan Sosial:
    • Melaksanakan program pembangunan komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
    • Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang memupuk semangat perpaduan dan kesatuan.


Dengan pelaksanaan program CSV, LZS bukan sahaja berusaha untuk mengumpul dan mengagihkan zakat dengan efisien tetapi juga untuk mencipta nilai bersama yang memberi manfaat kepada semua pihak. Kami yakin bahawa dengan kerjasama erat antara sektor korporat, NGO, dan masyarakat, kita dapat mencapai matlamat bersama untuk kesejahteraan dan kemakmuran semua.