Tahun 2024 melakar sejarah penting buat Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila genap 30 tahun penubuhannya. Bertemakan “Jalinan Harapan, Membangun Kehidupan”, laporan ini menghimpunkan data prestasi kutipan dan agihan zakat sepanjang tahun, serta pencapaian strategik dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan zakat yang telus dan efisien.
Laporan ini juga menjadi cerminan perjalanan tiga dekad LZS dalam menyantuni ummah, membuktikan bahawa kesatuan dan amanah umat Islam mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat. Semoga laporan ini terus menyemarakkan semangat untuk berkongsi dan memberi, demi kesejahteraan bersama.
Kongsi
Setiap teras pembangunan Asnaf disusun bagi memastikan zakat bukan hanya meringankan beban sementara, tetapi menjadi pemangkin perubahan hidup yang berpanjangan.
Sejak penubuhannya pada tahun 1994, LZS komited dalam memartabatkan sistem zakat sebagai instrumen pembangunan ummah. Melalui pendekatan yang strategik dan berlandaskan syariah, LZS telah berkembang menjadi sebuah institusi yang diyakini masyarakat – bukan sekadar mengurus kutipan dan agihan, tetapi juga menjadi pemangkin kepada perubahan sosial dan ekonomi.
Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail
Chairman, Lembaga Zakat Selangor
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vestibulum porta lacinia tellus rhoncus fringilla. Maecenas bibendum congue semper. Sed lacinia efficitur pharetra. Aenean fermentum sapien sit amet feugiat suscipit. Curabitur sed tellus posuere, vehicula ligula ut, pulvinar ante. Pellentesque ac lectus a dolor tristique convallis. Praesent sapien sem, condimentum a gravida nec, vulputate vel est. Vestibulum elementum purus id malesuada tristique.
Mohd Sabirin Mohd Sarbini
Chief Executive Officer, Lembaga Zakat Selangor
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vestibulum porta lacinia tellus rhoncus fringilla. Maecenas bibendum congue semper. Sed lacinia efficitur pharetra. Aenean fermentum sapien sit amet feugiat suscipit. Curabitur sed tellus posuere, vehicula ligula ut, pulvinar ante. Pellentesque ac lectus a dolor tristique convallis. Praesent sapien sem, condimentum a gravida nec, vulputate vel est. Vestibulum elementum purus id malesuada tristique.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menunaikan amanah dengan menyalurkan zakat secara telus dan berfokus kepada lapan asnaf yang layak. Tahun 2024 menyaksikan agihan zakat dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk bantuan, merangkumi keperluan asas, pendidikan, kesihatan, perumahan dan pemerkasaan ekonomi. Setiap agihan bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi lambang kepercayaan dan syukur yang diterjemah dalam bentuk tindakan.
Kutipan zakat merupakan nadi utama kepada pengurusan dan pengagihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tahun 2024 memperlihatkan komitmen berterusan daripada umat Islam di Selangor dalam menunaikan kewajipan zakat dengan penuh rasa tanggungjawab dan syukur. Kepercayaan yang diberikan menjadi pemangkin kepada sistem kutipan yang lebih efisien, telus dan inklusif, menjadikan setiap sen yang disumbang sebagai langkah pertama menuju perubahan dan keberkatan yang meluas.
Kerjasama strategik merupakan antara pemacu utama keberkesanan agihan dan kelestarian pengurusan zakat di Lembaga Zakat Selangor. Sepanjang tahun 2024, LZS terus memperkukuh jaringan bersama agensi kerajaan, badan korporat, institusi pendidikan, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperluas capaian dan impak bantuan kepada golongan asnaf. Melalui sinergi ini, pelaksanaan program menjadi lebih menyeluruh, tersusun dan lestari, membuktikan bahawa zakat mampu digerakkan secara bersepadu demi manfaat ummah yang lebih besar.
Lembaga Zakat Selangor menerapkan prinsip Creating Shared Value (CSV) dengan menggabungkan matlamat sosial dan kerjasama strategik bersama rakan industri. Melalui pendekatan ini, LZS memperluas impak zakat dengan mencipta inisiatif yang memberi nilai bersama, bukan sahaja kepada asnaf, tetapi juga kepada rakan sinergi dan masyarakat secara menyeluruh.
Kemudahan Asas, Kualiti Hidup Sejahtera
Projek Clean, Accessible & Sustainable (CAS) merupakan inisiatif di bawah program Creating Shared Value (CSV) Lembaga Zakat Selangor yang menumpukan kepada peningkatan kemudahan asas bagi komuniti luar bandar. Pada tahun 2024, LZS telah membina tujuh unit tandas lengkap beserta bilik air dua pintu di Kampung Orang Asli Songkok, Batang Kali, Hulu Selangor, demi menjamin hak kepada sanitasi bersih dan akses air yang selamat.
Meningkatkan tahap sanitasi dan kebersihan kawasan.
Memberi akses kepada kemudahan tandas dan air bersih.
Menyokong kelestarian alam sekitar melalui reka bentuk mesra alam.
Menyumbang kepada kesejahteraan komuniti melalui pembangunan infrastruktur asas.
Projek ini telah berjaya membina 14 kemudahan asas di tujuh (7) lokasi di Kampung Orang Asli Songkok, Batang Kali, Hulu Selangor, memanfaatkan lebih 100 penduduk daripada 30 keluarga. Pembinaan kemudahan ini bukan sahaja memenuhi keperluan sanitasi yang lebih bersih dan selesa tetapi juga menjamin kesejahteraan dan kesihatan masyarakat.
Menggunakan tenaga suria sepenuhnya melalui sistem automatik bagi mengurangkan kebergantungan kepada elektrik konvensional.
Bumbung lutsinar polycarbonate membolehkan pencahayaan semula jadi, menjimatkan tenaga dan mengurangkan keperluan pencahayaan elektrik.
Penyediaan sumber air bersih untuk keperluan harian membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti.
Kutipan dan agihan zakat sepanjang tahun 2024 mencerminkan kekuatan solidariti ummah dan kepercayaan yang terus mengalir kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Setiap jumlah yang diterima bukan sekadar angka, tetapi amanah yang telah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab melalui agihan menyeluruh kepada asnaf yang memerlukan.
Muat turun penyata lengkap dalam bentuk PDF:
Dalam usaha memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat, Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus memperluas dan mempertingkatkan saluran pembayaran yang mudah, pantas dan selamat.
Dengan gabungan teknologi digital dan jaringan fizikal yang meluas, pembayaran zakat kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua — sama ada melalui portal dalam talian, aplikasi mudah alih, e-dompet, perbankan internet, kaunter LZS, ejen kutipan, kiosk layan diri, atau perkhidmatan turun padang. Segala kemudahan ini dibina berasaskan prinsip mesra pembayar, demi memastikan setiap niat untuk berzakat dapat dilunaskan dengan tenang dan yakin.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempunyai 19 cawangan di seluruh negeri Selangor bagi memastikan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan menyeluruh. Setiap cawangan dilengkapi dengan kakitangan terlatih yang bersedia untuk membantu dan memberi panduan kepada pembayar zakat serta penerima zakat.
Dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik, LZS menyediakan kemudahan untuk menunaikan kewajipan zakat dan mendapatkan maklumat serta bantuan yang diperlukan.