Lembaga Zakat Selangor (LZS) ditubuhkan 30 tahun yang lalu dengan misi untuk menguruskan kutipan dan pengagihan zakat kepada asnaf di Selangor dengan efisien dan berkesan mengikut syariat Islam.
Sepanjang tiga dekad yang lalu, LZS telah berkembang menjadi salah satu institusi zakat terkemuka di Malaysia, dengan sokongan lebih 600 amil yang berdedikasi dan 18 cawangan di seluruh negeri Selangor. Sejak penubuhannya, LZS telah berjaya mengumpul dan mengagihkan lebih RM11 bilion zakat, memberi manfaat kepada ratusan ribu individu dan keluarga yang memerlukan.
Di Lembaga Zakat Selangor (LZS), kami sentiasa berusaha dengan penuh integriti dan dedikasi dalam pengurusan zakat. Kami memahami bahawa setiap sen yang disumbangkan membawa harapan besar kepada mereka yang memerlukan. Dari pembinaan rumah yang memberikan perlindungan hingga bantuan pendidikan yang membuka peluang masa depan, kami komited untuk memastikan golongan asnaf diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Setiap tahun, kami dengan rendah hati menilai semula usaha kami, berusaha untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi masyarakat, agar bantuan yang disalurkan terus relevan dan membawa perubahan yang bermakna.
Di LZS, kami menjalankan pelbagai program dan inisiatif untuk menyokong golongan asnaf dan memajukan komuniti. Program kami meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuk pembangunan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan institusi agama dan pembangunan insan.
Menyediakan bantuan kepada keluarga asnaf untuk menampung kos sara hidup dan kesihatan.
Membantu golongan asnaf memulakan perniagaan kecil dan memberikan latihan kemahiran untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Memberikan biasiswa dan bantuan yuran pengajian kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
Membina dan membaik pulih masjid dan surau untuk memastikan kemudahan ibadah yang selesa dan kondusif.
Memberikan tumpuan kepada memperkasa kesejahteraan fizikal, mental, dan spiritual golongan asnaf.
Menjadi peneraju institusi zakat yang mengamalkan piawaian pengurusan setanding dengan peringkat global. Kami bercita-cita untuk menjadi contoh dalam pengurusan zakat yang telus dan berkesan, dengan fokus kepada kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam urusan kutipan dan agihan zakat. Kami komited untuk memastikan setiap sumbangan zakat digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan asnaf, sambil mengamalkan nilai-nilai teras yang kami pegang teguh.
Kami di Lembaga Zakat Selangor (LZS) berfungsi di bawah naungan DYMM Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebagai sebuah institusi zakat yang dipercayai, kami ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan tujuan utama untuk melaksanakan aktiviti kutipan dan agihan zakat dengan efisien dan berkesan.
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Perbadanan Wakaf Selangor (MAIS)
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)
MAIS Corporation Sdn. Bhd.
Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
Kenali individu di sebalik hala tuju Lembaga Zakat Selangor
Kenali eksekutif yang menggerakkan kejayaan Lembaga Zakat Selangor
Pengerusi
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Tarikh Pelantikan : 2008
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2021
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2005
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2021
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2008
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2020
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2018
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2018
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2018
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2015
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah LZS
Tarikh Pelantikan : 2021
Pendidikan :
Jawatan / Khidmat
Kini :
Pengalaman lepas :
Ketua Pegawai Eksekutif, LZS (MAIS)
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 51 tahun
Encik Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 September 2008 sebagai Eksekutif Perniagaan dan dilantik sebagai Ketua Divisyen Kutipan pada tahun 2016. Beliau telah meneraju Divisyen Operasi Agihan Asnaf bagi tempoh 1/6/2021 hingga 30/3/2022. Beliau mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pendidikan dalam bidang pengurusan perniagaan dan perakaunan.
Antara syarikat yang beliau pernah berkhidmat sebelum ini ialah Menara Setia Construction Enterprise, Nusantara Worldwide Insurance (M) Berhad di bawah subsidiari Koperasi Polis Berhad dan Maybank Property Trust Management Berhad.
Encik Mohd Sabirin juga merupakan Perancang Kewangan (RFP Syariah) yang berdaftar di bawah ‘Malaysian Financial Planning Council’ (MFPC). Selain itu, beliau juga mendapat pentauliahan mengajar di Negeri Selangor (Khas) di bawah JAIS dan juga Ahli Persatuan Percukaian Malaysia (MATA).
Ketua Pegawai Operasi
Lembaga Zakat Selangor
Encik Ahmad Fadhil Bin Hassan memulakan perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di LZS pada 15 Jun 2023. Beliau telah berkhidmat untuk pelbagai syarikat selama lebih daripada 24 tahun merangkumi pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran, strategi korporat, pengurusan pelaburan, pembangunan produk dan perniagaan, pengurusan risiko, undang-undang serta pematuhan.
Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 52 tahun
Puan Hajah Ariffa binti Ariffin telah berkhidmat bersama LZS pada 1 Mac 2018 sebagai Ketua Pegawai Operasi Korporat dan Projek Khas. Pada tahun 2022, jawatan tersebut telah diubah kepada Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam bidang perancangan perniagaan, strategi serta analisis dan penilaian perniagaan.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif –Korporat, di Kumpulan Media Karangkraf, Pengarah Bersekutu di Innovation Associates Consulting Group Sdn Bhd (iA), dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat di Malaysia Building Society Berhad. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Bahagian Perundingan Strategi di Ernst & Young Management Consultancy, sebagai Penolong Pengurus Perancang Korporat di Tabung Haji Technologies Sdn Bhd dan Eksekutif Kanan di Arab Malaysian Bank Berhad.
Ketua Pegawai Kewangan, ACMA, CGMA, C.A. (M), MBA
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 48 tahun
Puan Rapizah binti Muhammad Sharif telah berkhidmat bersama LZS sejak 10 Mei 2017 sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan multi nasional serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengauditan, pemasaran dan perakaunan.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Juruaudit Operasi di Maybank Berhad dan Ketua Juruaudit Dalaman, Nestle Products Sdn. Bhd. Beliau seterusnya melebarkan sayapnya di Nestle di dalam bidang Pemasaran dan Pengurusan Jenama (MAGGI) dan sebagai Financial Controller di beberapa Divisyen di Nestle termasuklah di Nestle Professional, bagi Malaysia dan Singapore. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengurus, Continuous Excellence & Change Management – Corporate Finance sebelum menyertai LZS.
Ketua Divisyen Teknologi Maklumat
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 54 tahun
Sarjana Muda Sains, Sains Aktuari, Universiti IOWA, IOWA City, USA.
Encik Abdul Halim Abd Rahim telah berkhidmat bersama LZS sejak 17 April 2018 sebagai Ketua Divisyen Teknologi Maklumat. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam industri IT/ICT khususnya dalam perundingan projek, pengurusan, dan servis pelaksanaan projek.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Ketua Pegawai Perniagaan dan Pengarah Projek di Zanko Sdn. Bhd., Pengurus Besar di Apex Communications Sdn. Bhd., dan sebagai Naib President di Araken Sdn. Bhd. Beliau juga pernah bekerja di Cerner (M) Sdn. Bhd., Alam Teknokrat Sdn. Bhd., Abrar Group International, dan AIA Co. Ltd.
Ketua Divisyen Audit Dalam
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 49 tahun
Encik Shahnizam bin Abdul Hamid telah berkhidmat bersama LZS sejak 28 Oktober 2019 sebagai Ketua Divisyen Audit Dalam. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dalam bidang pengauditan dari pelbagai industri dan sektor termasuklah perbankan, automotif, penerbangan, peruncitan, pengurusan fasiliti & kejuruteraan, pengurusan projek & konsultasi, serta perladangan dan perhotelan.
Antara syarikat yang beliau pernah berkhidmat sebelum ini ialah RHB Bank Berhad, Perusahaan Otomotif Kedua Sdn Bhd dan Malaysia Airports Holdings Berhad. Beliau adalah Pengurus Kanan Audit Dalaman sebelum menyertai LZS. Beliau juga adalah ahli Institut Akauntan Malaysia dan Institut Juruaudit Dalam Malaysia.
Financial Controller
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 50 tahun
Puan Shuaibah binti Awaldeen telah dilantik sebagai Financial Controller pada 1 November 2021. Beliau mempunyai lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan luaran di firma audit serta 20 tahun sebagai Ketua Jabatan/Divisyen Kewangan, Akaun, Perancangan Korporat, Pentadbiran dan Teknologi Maklumat di pelbagai sektor seperti Metro Parking, 1901, IWRAW Asia Pacific, Malaysian Institute of Management, Touch ‘n Go dan Malaysian Rating Corporation Berhad.
Ketua Divisyen Kualiti & Jaminan
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 47 tahun
Encik Mohd Firdaus bin Kamarudin telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 Ogos 2019 sebagai Ketua Divisyen Kualiti & Jaminan. Beliau mempunyai lebih 16 tahun pengalaman bekerja bersama syarikat korporat dan syarikat-syarikat multinational dimana 7 tahun pengalaman dalam sektor media dan 9 tahun pengalaman didalam sektor pembuatan.
Antara syarikat yang pernah beliau berkhidmat sebelum ini adalah Media Prima Berhad, The New Straits Times Press, SCA Hygiene, Steelcase Manufacturing, Shinetsu, FMP Automative dan Glaxo Smith Kline.
Ketua Divisyen Kutipan
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 38 tahun
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi MARA.
Encik Muhd Fikri Naim bin Harun telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Kutipan pada 1 November 2021. Beliau mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam bidang jualan, pemasaran, penjenamaan dan pembangunan perniagaan. Sepanjang kerjayanya, dengan berlatar-belakang Pentadbiran Perniagaan, beliau telah berkecimpung dalam tiga industri berbeza bermula dengan industri animasi, teknologi maklumat dan terkini – zakat.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar LC Merchandising Sdn. Bhd., anak syarikat kepada produksi animasi terkemuka Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di MobileOne Technology Sdn. Bhd. sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan yang sedang meningkat naik.
Ketua Divisyen Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 59 tahun
Encik Naseri bin Salleh telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 Februari 2015 sebagai Ketua Divisyen Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran. Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor pembangunan hartanah, pengurusan hartanah serta pentadbiran dan pembinaan.
Antara jawatan yang pernah beliau sandang sebelum ini ialah Pengurus hartanah di Syarikat Land and General Berhad, Faber Facilities Sdn Bhd. dan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.
Encik Naseri juga merupakan Pengurus Harta Berdaftar yang berdaftar dengan Lembaga Penilai dan Pentaksir, Estet Agent dan Pengurus Harta, Malaysia.
Ketua Divisyen Perhubungan Stakeholder dan Komunikasi Korporat
Warganegara Malaysia, Perempuan, Berusia 60 tahun
Datin Setia Norajun Ainun binti Dato’ Mohd Hashim telah berkhidmat bersama LZS sejak tahun 2008 sebagai Ketua Divisyen Perhubungan Stakeholder dan Komunikasi Korporat. Beliau mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat.
Antara syarikat yang pernah beliau berkhidmat sebelum ini ialah The New Straits Times Press Berhad, Amanah Butler (Forex) Malaysia Berhad, Isetan Japan Sdn. Bhd., Fujitsu Business System, Mega SPJ Sdn. Bhd., Amanah Capital Malaysia Berhad, Malaysia Resources Corporation Berhad di bawah Realmild Malaysia Sdn. Bhd. dan Radicare Malaysia Sdn Bhd, dan Rahmat Samudera / MAIS NGV.
Ketua Divisyen Strategi Korporat
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 48 tahun
Encik Kamarulzaman bin Omar telah berkhidmat bersama LZS sejak 1 September 2019 sebagai Ketua Divisyen Strategi Korporat. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai industri seperti perbankan, peruncitan, kurier dan logistik.
Beliau pernah berkhidmat di Pos Malaysia selama 13 tahun dengan memegang jawatan di pelbagai jabatan seperti Perancangan Strategi Korporat, Pejabat Pengurusan Transformasi, Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kewangan. Jawatan terakhir yang dipegang beliau sebagai Pengawal Kewangan (Financial Controller). Encik Kamarulzaman juga pernah berkhidmat di Harrods Group, London selama 5 tahun sebagai Akauntan Pengurusan (Management Accountant) dan lebih 2 tahun di sektor perbankan di RHB Bank Berhad dan MBSB Bank Berhad.
Ketua Divisyen Sumber Manusia
Warganegara Malaysia, Perempuan, 54 tahun
Puan Azuwadaniseh binti Mohd Zain mula berkhidmat bersama LZS pada 31 Januari 2020 sebagai Ketua Divisyen Sumber Manusia. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan beberapa syarikat korporat dan berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini ialah Ketua Pusat Latihan KVMRT di MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn. Bhd. (2016 – 2020), Naib Presiden Pembelajaran dan Pembangunan di Bank Simpanan Nasional (2004 – 2016), Ketua Sumber Manusia Kawasan Perkhidmatan 3, Alam Flora Sdn Bhd (2001 – 2004), dan sebagai Eksekutif Kanan Sumber Manusia (1995 – 2001) di Celcom (M) Sdn. Bhd.
Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 41 tahun
Encik Zulfirdaus Bin Abu Hassan telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf pada 1 Jun 2023. Beliau mempunyai lebih daripada 17 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai
Ketua Divisyen Perolehan
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 44 tahun
Encik Suaib Bin Nyompa telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Perolehan pada 27 Mac 2023. Pernah menyertai beberapa syarikat-syarikat korporat utama, beliau memulakan karier sebagai Eksekutif Pengurusan Kontrak dan Perolehan (Jurukur Bahan) untuk Kluster Asia Tengah dan Selatan (UAE dan India) di IJM Group Berhad pada tahun 2003 dan sebagai Pengurus sehingga 2008
Beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan projek infrastruktur seperti lebuhraya dan kompleks kerajaan di India dan UAE. Seterusnya berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan di Dialog Group Berhad untuk projek minyak dan gas hiliran (downstream) Melaka di pada tahun 2008. Beliau menyertai TH Heavy Engineering Berhad sebagai Pengurus Kanan Tender pada tahun 2011 dan terlibat untuk pembanguan lapangan minyak luar persisir (upstream) di Sabah dan Sarawak seterusnya sebagai Pengurus dan Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan serta berperanan dalam pembentukan jabatan kontrak dan perolehan serta pembangunan vendor di beberapa anak syarikat Petronas, sebelum meyertai Lembaga Zakat Selangor.
Ketua Divisyen Syariah dan Dakwah
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 46 tahun
Encik Salehuddin bin Abu Samah telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Syariah dan Dakwah pada 1 Disember 2022. Beliau merupakan Associate Member of Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) dan seorang Penasihat Syariah Bertauliah dengan pengalaman menjadi ahli jawatankuasa Syariah di pelbagai agensi.
Dari 19 tahun pengalaman kerja, 11 tahun daripadanya adalah dalam bidang pengurusan, khidmat nasihat, kajian dan pematuhan Syariah dengan jawatan terakhir beliau sebagai Ketua Jabatan Semakan dan Pengesahan Syariah di RHB Islamic Bank Berhad. Di samping pendedahan di dalam dunia korporat, beliau juga terlibat secara aktif dalam menjalankan aktiviti pendidikan, dakwah dan penulisan dalam mengembangkan syiar Islam.
Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 46 tahun
Encik Md Yusmizan bin Yusuf telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf pada 1 Jun 2022. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman kolaborasi dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pelbagai agensi di seluruh negeri Selangor.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurusan Projek Selangor Prihatin di Batu Bertangkup, Perlis dan Pasir Puteh, Kelantan sejak 2014. Selain itu, beliau juga sedang menguruskan Projek Agroekonomi Asnaf di Selangor (Bukit Beruntung, Hulu Selangor dan Permatang Pasir, Kuala Langat).
Selain itu, beliau juga orang yang bertanggungjawab mendapatkan pewartaan Pusat Perlindungan Muallaf Baitus Salam Di Bawah Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan, Membangunkan Modul Bersepadu Baitus Salam, serta Kecemerlangan Pelajar Bait Al-Hasanah.
Di samping itu juga, beliau berpengalaman terlibat sebagai Speaker Annual Dialysis Conference anjuran National Kidney Foundation dan Speaker Muzakarah Zakat Nusantara Kali Ke-2 yang telah dianjurkan oleh pihak UKM.
Ketua Divisyen Perkhidmatan Cawangan dan Hab
Warganegara Malaysia, Lelaki, Berusia 40 tahun
Encik Zulkepli bin Mad Yatim telah dilantik sebagai Ketua Divisyen Perkhidmatan Cawangan dan Hab pada 15 April 2024. Beliau mempunyai lebih 18 tahun pengalaman bekerja di Lembaga Zakat Selangor dengan pelbagai jawatan dan lokasi bertugas di Negeri Selangor.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selain itu, beliau merupakan pemegang tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Merupakan penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pada tahun 2023.