Bagi mengukur pencapaian LZS terhadap hasrat dan visi yang dinyatakan di bawah, LZS telah menetapkan 7 strategi beserta beberapa sasaran utama yang dikenali sebagai Breakthrough Goals untuk mecapai hasrat dan visi, misi dan objektif sedia ada.
Empat Breakthrough Goals untuk dicapai dalam tempoh tiga daripada tahun 2023 sehingga 2025 adalah:
Kutipan zakat melebihi RM1.4 bilion pada tahun 2025
Capaian terhadap asnaf diperluas kepada lebih 50% capaian kepada golongan rentan (pendapatan isi rumah kurang RM 6,000 sebulan)
Mengeluarkan lebih 10,000 keluarga/individu asnaf dari belenggu kemiskinan (jumlah kumulatif 4 tahun bermula 2022 hingga 2025)
LZS menjadi jenamaTop of Mind dan dikenali sebagai Jenama Terunggul dikalangan masyarakat
INISIATIF STRATEGIK LZS 2022 - 2025
Tujuh Strategi yang akan dilaksanakan utuk mencapai keempat breakthrough goals tersebut adalah:
Reach Beyond
Menambahbaik capaian asnaf melalui penglibatan dengan Pemegang taruh bagi memastikan tiada asnaf yang tercicir
Sufficiency
Memastikan asnaf menerima bantuan selayaknya bedasarkan kepada keperluan sebenar melalui penilaian profil multidimensi
Brighter Future
Memahami kemiskinan, mengenalpasti punca dan membina penyelesaian paling berkesan
Breakthrough Muzakki
Memaksimakan kutipan zakat dan bilangan Muzakki dengan memfokuskan kepada Muzakki dan industri yang berpotensi
Elevating Trust
Menilai kepercayaan terhadap jenama LZS dan seterusnya membangunkan cara untuk memperbaiki, membina dan mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap LZS
Go Digital
Meneruskan usaha LZS dalam melaksanakan Dgital Roadmap 2022 – 2025 bagi mengukuhkan operasi melalui digitalisasi
Amil Dinamik
Meningkatkan produktiviti dan keupayaan dengan mengoptimakan keupayaan setiap individu Amil