Perancangan Masa Hadapan

Pandemik COVID-19 sedang mengheret dunia ke arah keruntuhan ekonomi global. Bank Agenda pembasmian kemiskinan adalah satu agenda yang diberi penekanan atau keutamaan yang sangat tinggi di dalam Al-Quran. Ini adalah kerana kemiskinan merupakan satu fenomena yang merentas sempadan masa, agama, tempat dan bangsa.

Kemiskinan adalah “penyakit serius” yang perlu ditangani secara komprehensif. Al-Quran menangani kemiskinan melalui kerangka holistik apabila menyebutkan kepelbagaian sumber membiayai keperluan fakir miskin seperti sedekah sunat, zakat, fidyah, kaffarah, fa'i, ghanimah dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, LZS, sebagai sebuah institusi amil yang dilantik dan diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat yang meliputi operasi kutipan dan agihan zakat di Negeri Selangor, bertekad untuk terus memberi perkhidmatan berkualiti, menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak dengan nilai amanah diletakkan sebagai elemen utama dalam penetapan hala tuju LZS. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfaal ayat 27 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Bersesuaian dengan kemajuan teknologi yang sentiasa bergerak pantas, LZS berhasrat untuk membangunkan sebuah rancangan strategik yang berfokuskan kepada transformasi digital dalam usaha memperkukuhkan kedudukan LZS sebagai peneraju institusi zakat serta bagi mendepani cabaran-cabaran di masa hadapan terutamanya impak pandemik COVID-19.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

LZS bertekad untuk terus menyampaikan hasrat yang telah ditetapkan dalam Hala Tuju LZS 2020 – 2022 dan Strategi Getting The House In Order and Process Innovation dengan memastikan setiap sasaran Game Changers berjaya dicapai dan seterusnya merealisasikan Business Model baharu LZS.

Namun begitu, cabaran dan impak pandemik COVID-19 yang dilalui pada sepanjang tahun 2020 dan 2021 telah membuka mata dan meningkatkan keyakinan LZS tentang pentingnya untuk memastikan organisasi terus beradaptasi dengan norma baharu pasca pandemik yang telah mengubah lanskap cara hidup serta cara kerja. Oleh yang demikian, adalah kritikal untuk LZS bagi mempercepatkan usaha dalam memperkukuhkan kemampuan digital organisasi dengan kemahiran-kemahiran serta kelengkapan-kelengkapan yang sesuai dan terkini supaya LZS tidak ketinggalan.

Selain itu juga, keperluan ini dilihat mampu menyokong LZS memperbaiki dan menambahbaik elemen dalaman LZS dari sudut penggunaan teknologi selaras dengan Strategi Getting The House in Order and Process Innovation yang sedang diusahakan.

  • Sehubungan dengan itu, bagi tempoh tahun 2022 sehingga 2025, serentak dengan pelaksanaan strategi bagi merealisasikan Business Model baharu LZS, LZS juga akan melaksanakan segala perancangan bagi mendigitalisasikan organisasi.
  • Bagi mencapai kesemua Desired End-State yang telah disenaraikan di atas, LZS merencanakan dua strategi utama yang akan dilaksanakan dengan lebih berstruktur dalam Rancangan Strategik dan Roadmap Digitalisasi LZS 2022 – 2025 iaitu:-

BIL

STRATEGI UTAMA

OBJEKTIF

1

Strategi 1:

Business Model Baharu LZS 

Meningkatkan keberkesanan agihan zakat dengan merealisasikan Model Operasi Baharu Agihan dan melaksanakan pelan-pelan strategik di dalam Blueprint Pembangunan Asnaf bagi meningkatkan taraf hidup dan modal insan asnaf-asnaf di Selangor

2

Strategi 2:

Digitalisasi LZS 

Memperkasakan pengurusan zakat di LZS dengan pengaplikasian teknologi-teknologi terkini sesuai dengan Revolusi Industri 4.0 selaras dengan objektif memaksimakan kutipan zakat dan meningkatkan keberkesanan agihan zakat 

INISIATIF STRATEGIK LZS 2022 – 2025

Pelaksanaan kedua-dua Strategi ini akan disokong oleh 13 Inisiatif Strategik yang mempunyai matlamat tersendiri dan akan merangkumkan inisiatif-inisiatif di peringkat Divisyen yang akan dilaksanakan pada sepanjang tempoh 2022 hingga 2025. Inisiatif – inisiatif ini merangkumi tiga Inisiatif Strategik sedia ada dan 10 Program Digital baharu dalam Roadmap Digital 2022 – 2025.

Inisiatif – inisiatif utama yang telah dirangka dan masih berjalan di bawah Hala Tuju LZS 2020 – 2022 akan diteruskan dan diserap masuk ke dalam Strategi 1: Business Model Baharu LZS. Inisiatif – inisiatif tersebut adalah:-

BIL

INISIATIF STRATEGIK

OBJEKTIF

1

New Agihan Operation Model (NAOM)

Meneruskan rancangan penambahbaikan gerak kerja dan proses dalaman operasi Agihan selaras dengan pelaksanaan Business Model baharu Agihan.

2

Blueprint Pembangunan Asnaf (BPA)

 

Meneruskan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang telah dirangka dalam Blueprint Pembangunan Asnaf melibatkan 8 strategi utama pembangunan asnaf dan mencapai 8 objektif strategik pembangunan asnaf.

3

Rasionalisasi Saluran

Mengembangkan pelan Rasionalisasi LZS dalam mengukuhkan cawangan dan saluran-saluran kutipan dan agihan LZS selaras dengan perkembangan Digitalisasi yang dilaksanakan dengan sasaran bilangan cawangan dioptimakan kepada 15 cawangan menjelang 2025.

Manakala 10 Program Digital yang baharu telah dibangunkan sebagai inisiatif-inisiatif dalam Strategi Digitalisasi LZS:-

BIL

PROGRAM DIGITAL

OBJEKTIF

1

Agile &  Hybrid Working

Transisi kepada pelaksanaan aturan kerja secara hybrid (iaitu kerja dari rumah, di pejabat ataupun di lapangan) secara kekal setelah pandemik tamat. Membina suasana kerja yang agile dan fleksibel bagi meningkatkan produktiviti kerja dan libaturus warga kerja.

2

Pejabat Digital

 

Membentuk dengan rasmi sebuah pejabat digital dengan tadbir urus yang sesuai bagi memandu transformasi digital di LZS

3

Pemerkasaan Data

Memperkasakan amalan analisis data bagi membolehkan keputusan di LZS dibuat dengan lebih baik dan berpandukan data

4

Cashless

Mengurangkan transaksi secara tunai secara beransur-ansur bagi mencapai objektif 100% cashless

5

Digitisasi & Automasi

Mengaplikasikan Robotic Process Automation (RPA) bagi mengautomasikan tugas-tugas rutin dan berulang serta mentransformasi dan menambahbaik semua proses dalaman dan luaran di LZS melalui proses-proses digital bagi meningkatkan kualiti

6

Kerjasama Strategik

 

Memperkasakan kolaborasi LZS bersama rakan-rakan strategik bagi memaksimakan kutipan dan meningkatkan keberkesanan agihan

7

Analitik Media Sosial

Menggunakan alat media sosial bagi mengenalpasti dan mensasarkan kumpulan pelanggan dan analisa pandangan umum tentang LZS

8

Secure & Transparent

Mengatur teknologi blockchain ke arah transaksi kutipan dan agihan yang lebih telus dan selamat

9

Keselamatan Siber

Memperkukuhkan amalan keselamatan siber bagi memenuhi keperluan suasana digital LZS pada masa akan datang

10

Pembangunan Sistem

Membangunkan atau mendapatkan sistem yang bersesuaian bagi merangkumi pelbagai fungsi operasi di LZS yang dikenalpasti.

Blueprint Pembangunan Asnaf (selepas ini dirujuk sebagai “BPA”) yang telah dibangunkan sebagai dokumen rujukan strategik bagi memacu gerak kerja pembangunan asnaf yang sistematik, terancang dan berintegrasi telah masuk ke fasa ketiga pelaksanaan iaitu pada pembinaan asas dan pra-pelaksanaan sejak mula dilancarkan pada tahun 2018. Gerak kerja membina asas adalah sangat intensif dan telah dibuat secara berperingkat mengikut kemampuan LZS dalam tempoh pandemik sejak 2020 dan akan terus disambung pada tahun 2022.

Bermula tahun 2022, pelaksanaan BPA akan diselaraskan dengan pelaksanaan Roadmap Digitalisasi dan Inisiatif New Agihan Business Model (NAOM). Aktiviti utama Inisiatif BPA telah dirancang sehingga tahun 2025 dengan perincian bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:-

BIL

STRATEGI UTAMA

2021

2022

1

Perekayasaan Modul dan Pendekatan Pembangunan

·  Pembangunan modul mengikut keperluan semasa

·  Kitaran hayat asnaf fakir, miskin dan muallaf

·  Pemerkasaan naziran Pembangunan Asnaf

·  Teknologi Penyampaian Modul

·  Dasar Gerak Kerja Pembangunan Ekonomi dan Pendidikan Generasi Kedua

·  Laluan Kitaran Hayat Mualaf

·  Kajian Fasa 2 Had Ta’lif

·  Kerangka modul meningkatkan komitmen asnaf

·  Model pengurusan asnaf daerah

·  Semakan semula PROSAZ & RAWS

·  Kajian Modul Kerohanian

·  Membangunkan gerak kerja pemulihan dan kelestarian asnaf

·  Membangunkan gerak kerja partial sponsorship dermasiswa dalam negara

2

Pengukuhan Proses Pendataan dan Pemprofilan

·  Mengenalpasti dan menambahbaik profil asnaf di LZS

·  Infrastruktur pengkalan Data Profil Pembangunan Asnaf

·  Format Pelaporan Pembangunan Asnaf

·  Membangunkan gerak kerja pengurusan data (kitaran hayat)

·  Projek Data Cleansing

·  Membangunkan database pembangunan asnaf

·  Membangunkan Key Success Indicator BPA

3

Memperkukuh Sinergi dan Kolaborasi

·  Usahasama Rentas Agensi (rakan strategik / seaspirasi)

·  Kerjasama bersama pihak JPNS

·  Kerjasama bersama pihak MAIS

·  Kerjasama bersama pihak JAIS

·  Kerjasama bersama pihak PTPTN

·  Kerjasama bersama pihak UPEN

4

Melahirkan Libaturus Komuniti yang Tinggi Dalam Pembangunan

·  Program berasaskan komuniti / lokaliti

·  Konsep Pemerkasan Masjid Islah

·  Pemerkasan gerak kerja Almuni dermasiswa dan rakan LZS

5

Meningkatkan Kompetensi Pembimbing dan Tenaga Pengajar

·  Penyediaan senarai bidang tugas Pembimbing dan Tenaga pengajar dan penilaian Kompentensi Pengajar

·  Pelaksanaan set kompetansi GPAM

·  Pelaksanaan gerak kerja pemerkasaan GPAM

·  Semakan kompetensi perunding dan penyedia latihan

6

Merancakkan Penggunaan Teknologi

·  Pembangunan Sistem Pembangunan Asnaf

·  Asnaf Development System

·  Portal pendidikan (Fasa 3)

·  Shelter Management (Fasa 2)

·  Sokongan New Agihan System

7

Memacu Transformasi Institusi Penjagaan, Perlindungan dan Pembangunan

·  Transformasi Baitul Hasanah, Baitus Salam dan Pusat Komuniti

·  Pembangunan Konsep pelan transformasi pusat latihan

·  Pelancaran modul bersepadu Baitus Salam

8

Memperkemas Struktur Pengurusan Pembangunan Asnaf

·  Penilaian semula senarai fungsi, bidang tugas dan struktur Divisyen Pembangunan Asnaf

·  Pengemaskinian struktur, bidang tugas dan garis panduan berdasarkan keperluan semasa

Inisiatif Rasionalisasi Cawangan yang telah dimulakan sejak 2019 dengan objektif mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan cawangan tumpuan akan diteruskan dan dikembangkan lagi. Dengan peningkatan pada penggunaan saluran-saluran digital di kalangan para mustahik dan muzakki LZS, jumlah cawangan LZS akan dioptimakan lagi kepada cawangan-cawangan tumpuan sahaja di setiap daerah. LZS mensasarkan pengoptimaan kepada 15 cawangan menjelang 2025. Berikut merupakan pelan asas bagi Rasionalisasi Cawangan sehingga tahun 2025:-